Tuesday, September 14, 2010

EID 2010

Hari raya kali ni x la gempak sangat... Tapi ok la.. Agaknya keseronokan raya tu hilang seiring dengan usia aku yang semakin bertambah. Hehe. Teringat zaman aku kecik2 p kutip dit raya. Waa... Best gile. Perkara tu x kan berulang lagi.. Akan tersemat kemas dalam lipatan kenangan kehidupan aku. Heheh.



beloved baba & mama.. (^_^)

blur2 kat umah, aku ambik pic sendiri..

tym ni kat mah tok b4 lik umah.
sep bek dik nan ok

p/s: pagi2 raya mmg best. tudung semua jadi. masuk tgh hari dah mula rasa serebeh. petang tu confirm serabut dah..


Raya ke-2.., macam besa. Makan besar bersama keluarga. Semua family sebelah Baba ngan Mama mai umah.. Mmg best. Tapi yg x bestny.., family yg mai last minute (family ngah n njang) bateri kamera dah kong. Urghh.. So aku mmg x ambik pic depa.. Serba sikit yg dapat aku kongsikan..


welcome..


family tok chik

kids fun club *=P

tambah jangan x tambah...

ini semua pupuku yg sudah berkahwin..
belakang jag ayaq, bondaku..

dik nan rasa jari dik nan rasa buah anjot..

family pak lang
baju maroon, ayahanda aku


_END_

Thursday, September 9, 2010

Dari Hati Seorang Bapa kpd Puterinya..

SPECIAL FOR:

Daddy's Girl


Bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang mengikut suaminya merantau di luar daerah atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau yang berada di universiti jauh daripada kedua orang tuanya... Fenomena biasa: Seringkali rasa rindu dengan ibu.. Bagaimana pula dengan AYAH/ABAH/BABA/PAPA/WALID/ABI/ABUYA/DADDY..?

Mungkin kerana ibu sering menelefon kita untuk bertanya keadaan setiap hari. Tapi tahukah kita, bahawa ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon?

Mungkin dulu sewaktu kita kecil, ibulah yang sering mengajak kita bercerita atau berceloteh, tapi tahukah kita, bahawa sekembalinya ayah daripada bekerja dan dengan wajah yang letih, ayah selalu bertanya kepada ibu tentang khabar kita dan apa yang kita lakukan seharian?

Pada saat diri kita masih bergelar seorang anak perempuan kecil.., ayah biasanya mengajari puteri kecilnya untuk menaiki basikal. Dan setelah ayah mengganggap kita sudah boleh menunggangnya, ayah akan menanggalkan roda bantuan di basikal kita. Kemudian, ibu akan berkata, "Jangan dulu ayahnya, jangan di tanggalkan dulu roda bantuan tu,". Itu kerana ibu kita takut seandainya puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah kita..?? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkan, menatap, dan menjaga kita mengayuh basikal kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kita menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatap kita hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas, "Boleh, kita beli nanti, tapi bukan sekarang." Tahukah kita, ayah melakukan sedemikian kerana ayah tidak ingin kita menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kita ditimpa sakit, ayahlah yang terlalu risau sehingga kadang2 sedikit membentak dengan berkata, "Ayah dah beritahu! Jangan minum air sejuk!". Sangat berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihati kita dengan lembut. Ketahuilah.., saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaan kesihatan kita.

Ketika kita sudah beranjak muda remaja.., Kita mula menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas serta mengatakan, "Tak boleh!". Tahukah kita bahawa ayah melakukan itu untuk menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat2 luar biasa berharga..

Setelah itu kita marah dengan ayah serta masuk ke bilik sambil menutup pintu dengan kuat. Saat itu, yang datang mengetuk pintu dan memujuk kita agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kita bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gelojak dalam batinnya? Ayah ingin sekali mengikuti keinginan kita..., tetapi dia harus menjaga diri kita.

Saat seorang lelaki yang istimewa dalam diri kita mulai sering menelefon kita, atau datang ke rumah untuk menemui kita, ayah akan menunjukkan reaksi wajah yang paling cool. Sesekali ayah akan mencuri dengar atau mengintip kita yang sedang berbual berdua di ruang tamu.. Sedarkah kita, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kita mula lebih dipercayai, ayah juga akan melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untuk kita dan kita telah melanggar jam malamnya.. Maka yang dilakukan o;eh seorang ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggu kita pulang dengan hati yang sangat gundah gulana dan perasaan itu akan semakin bertambah. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahi kita.. Ketika itu..., sedarkah kita bahawa perkara yang paling ditakuti oleh ayah akan segera berlaku? Bila mana puteri kecilnya akan segera meninggalkan dirinya..

Setelah lulus SPM, ayah mungkin akan melakukan paksaan terhadap kita untuk menjadi seorang doktor atau jurutera. Ketahuilah bahawa seluruh paksaan yang dilakukan oleh ayah itu adalah semata-mata memikirkan masa depan kita di kemudian hari. Tetapi ayah akan tetap tersenyum dan menyokong diri kita saat pilihan kita tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kita menjadi gadis dewasa.., kita harus ke universiti jauh di perantauan. Ayah harus melepaskan kita ke sana. Tahukah kita bahawa tubuh ayah terasa kaku untuk memeluk kita..?? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat itu dan ini serta menyuruh kita untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memeluk kita erat2. Yang ayah lakukan hanyalah menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk kita lalu berkata, "Jaga dirimu baik2, ya sayang..". Ayah melakukan itu semua agar kita KUAT.... Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Di saat kita kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan pengajian dan kehidupan, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha dengan keras untuk mencari ikhtiar agar anaknya boleh merasa kesenangan sama seperti rakan2nya yang lain.

Ketika permintaan kita bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru.., dan ayah tahu dia tidak mampu memenuhi apa yang kita inginkan, kata-kata yang keluar dari mulut ayah adalah, "Tak.... Tak boleh!" Walhal dalam batin seorang ayah, dia ingin menyatakan, "Ok sayang, nanti ayah belikan untuk kamu". Tahukah kita bahawa pada saat itu ayah berasa gagal untuk membuat anaknya tersenyum?

Saat kita telah berjaya sebagai seorang graduan.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan di atas kejayaan kita. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan berasa puas melihat puteri kecilnya yang tidak manja dan sudah meningkat dewasa serta telah menjadi seseorang.

Apabila tiba saat seorang teman lelaki datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambil kita darinya.., ayah sangat berhati-hati dalam memberikan keizinan. Kerana ayah tahu.., bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan tempatnya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihat kita duduk di kerusi pelamin bersama seorang lelaki yang dianggapnya mampu menggantikan dirinya.., ayah pun tersenyum bahagia.. Adakah kita tahu.., di hari yang bahagia itu ayah pergi ke belakang pentas pelamin untuk seketika dan menangis..?? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia... Kemudian ayah berdoa.... Dalam lirih doanya kepada Allah Yang Maha Esa.., Ayah berkata, "Ya Allah.., tugasku telah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya.. Rahmatilah kehidupan mereka, ya Allah..."

Setelah itu ayah hanya mampu menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih, tubuh badan serta lengan yang tak kuat lagi untuk menjaga kita dari bahaya. Ayah telah menyelesaikan tugasnya.. Ayah, abah, baba, papa, walid, abi, abuya atau daddy kita adalah individu yang harus selalu terlihat kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis.., dia harus pamerkan ketegasan bahkan saat dia ingin memanjakan kita. Dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


----THE HAPPINESS OF FATHERS'-----






p/s: aku dapat dpd seha. seha dpt mn aku pun x taw. asainya bahasa indon. so aku tukaq p bhs melayu & ubah sedikit tatabahasa untuk renungan kita bersama wahai puteri kepada seorang bapa..

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran

Kesibukan mula terasa.. Masa ni la nak kemas rumah, nak beli barang keperluan raya, nak susun kuih raya dalam bekas.. Macam2 lagi la.. Pheww~~ Hehe. Sebelum aku x nyempat dedikasikan ucapan aku, aku nak wish hari ni, detik ni, saat niyh...

Lagu M.Nasir..., my faveret song.. Bila dengaq balik lagu raya lama2 rasa meriah sangat. Lagu skg kureng best sket.

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Special for my jaddati, Misah binti Omar:
Tok, Selamat Hari Raya. Cek mintak maaf kalaw ada salah silap hat cek x sedaq. X dak tok, x dak la Munie.. Terima kasih sebab tok bagi kat Munie Mama yang perfect. Maaf zahir batin..
My beloved Baba & Mama:
Selamat Hari Raya Ma, Ba. Munie mintak ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan semua yang Mama ngan Baba dah berikan. Duit belanja, makan pakai, semuanya lengkap. X terkurang langsung.. Munie mintak maaf kalaw menghiris hati Mama ngan Baba yang Munie x sedaq. Terima kasih sebab membesarkan Munie dengan penuh kasih sayang. Munie nak jadi anak solehah Mama ngan Baba. Kadang2 rasa sukar nak jadi anak solehah. Tapi Munie cuba jadi yg terbaik sebab Munie nak jadi pendinding api neraka Mama ngan Baba. Tanpa Mama ngan Baba.., sapalah Munie.. Sesungghnya kalianlah perkara terbaik sepanjang hidupku..
My dearest Long (Mahaiyadin & Hasnah), Ngah (Fadzil & Noliah), Lang (Siti Rohimah), Njang (Ahmad & Siti Fatimah Dusinih):
Selamat Hari Raya... Munie mintak maaf kalaw ada perbuatan hat menggores hati kalian. Maaf zahir batin.. Duit raya jgn lupa. Ehehehehe..
My happening cousins, 16+6 orang:
Wey, selamat hari raya. Aku mintak maaf kalaw ada salah kat hampa. X dak pun aku mintak maap. Aku kan sepupu yang baik!! (sempat lagi aku TERriak. ehehehe) Maaf zahir batin. (",) Pupu yg dah kawen.., dit raya up sket taun ni.. Kui3.
My 8 nephews and 4 nieces:
Cu Munie mintak maaf kalaw Cu Munie kacaw hampa. Seronok tgk hampa teriak. Comey. Hehe. Tambah2 kat Abang yg Cu suka gigit telinga. Mintak maap na.. Nak dit raya, p beraya ngan Tok Shidah ngan Wan Ji Mie ok? Cu Munie x dak dit.. Hehe.
Sahabat dunia akhirat:
My best ever..,

Musliyana Salma Mohd Radzi.
I cyg u b.. Selamanya.. Forever and Ever.. Selamat Hari Raya.. Dah lama aku x jumpa hang. So aku rasa dosa aku kat hg dah kurang. X banyak cm dulu kerana hobi sy adelah ragging awak. Ekekekeke. Maaf zahir batin. Thanks for being my listener. Sejak hg dah jadi warga kota metropolitan niyh hg belagak eh. Jejak kaki kat Kedah pun hg x maw dah.. X pa la... Di pagi Syawal..., aku tunggu hg kat depan signboard Taman Marina. (atenyerr...)
Siti Naseha Baharuddin & Noralia Nordin.. Walawpun hampa 2 hampeyh..., hampa still best. Hehe (kutuk lu b4 mintak maap). 3 taun (sem depan) dah aku ngadap muka hampa. Naik meluat. Cewahh.. Dah masak dah dengan pe'el hampa. Halalkan semua benda yang aku dah guna sepanjang perkenalan kita. Seha, aku mintak maaf sebab usaha aku untuk menghabeyhkan stok bulan posa hg x berjaya.. Sangat mintak maaf kerana telah kecewakan hang. Hehehehe. Termasuk yg dah aku TERrosakkan.. Alia..., tudung hg dah dua helai aku bagi b'lubang. Bukan aku yang wat, iron kita yg wat. Aku x salah. Ehehehe. Btw, thanks for the friendship. Aku mintak maaf dari dasar hati kat hampa 2 orang. Jangan lupa sampaikan Salam Raya Maaf Zahir Batin aku kat mak ayah hampa.

trademark: seperti yg tertulis.. haha *=P

Dak2 klas aku skg... 3 tahun aku bertapa dgn hampa.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir & batin. Andai ada terkasar bahasa, aku mintak maaf. Nak wat cna.., aku cuma memartabatkan bahasa Kedahku saja. Hehe. 0-0

Shuha- Syaket- Piqah Mardi- Munawwarah- Aiman- Ain- Lokman- Erah- Tika- Kak Maton- Kak Fa- Kak Mar- Syida- Syila- Piqah Shahdan- Shitah- Dayah- Ubai- Masya- Zarr- Kimi- Zul- Kak Bai- Dukkie-

My big bro, Mohamad Hafiz Baharudin. Selamat Hari Raya. Org mintak maaf kalaw ada salah silap. Dit raya ganti ngan blanja org makan. Maaf zahir batin..

X lupa jugak to all my schoolmates & teachers in SMK Agama Kedah especially 5 Fathonah 2007.. Hampa mmg rancak..


My lovely..,

Syg, Mahfuzah Yusuf & Sumaiyah yg x dak lam pic


(aku baru upload pic Sumaiyah x sat.. 21/9/2010)

B, Ummi Kalsom Zakaria & Noor Asmahan Ahmad
(adakah aku playgirl..?? erkk)


My all lecturers in Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor..

To all Muslims all over the world.., Happy Eid Fitri. May Allah bless us. Aamin...

p/s: hat nama x sebut.., aku jugak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kat hampa. X sebut x bermakna lupa.. he~~

tuan punya blog,
munirah azmi

Saturday, September 4, 2010

Suddenly..

Hmm.. Supposed to be old news. But for me.., it's still impressed my mind. Hehe. I'm very addicted about last FIFA World Cup 2010. Waka waka eh eh..?? Always with this trademark. These all downloaded items.., I want to keep as my collections. Thanks for many sources which were capturing wonderful photos.. Take a look. Enjoy urself...


official soccer, jabulani..


JOHANNESBURG, SOUTH AFRICA - JULY 10: Shakira walks with official mascot Zakumi during a FIFA Media briefing ahead of the World Cup Final match between Netherlands and Spain on July 10, 2010 at Soccer City in Johannesburg, South Africa. (Photo by Jamie Squire - FIFA/FIFA via Getty Images)

shakira with jabulani

paul the octopus

victory

happiness and satisfied in their face. congrats!!


"And the crowd get crazy...." said by Alvin Seville in Alvin and the Chipmunk 2. Hehe

La Roja

Oranje


I chose the happening photos between Spain and Netherlands supporters since both were selected to final. I noticed they were great at creativity. The photos were not at the final only. I mixed it..










There were ranking on the most gorgeous players on people choice during FIFA World Cup 2010..


1- Fabio Canavarro
(Italy)

2- Fernando Torres
(Spain)

3- David Villa
(Spain)

4- Landon Donovan
(USA)

5- Thierry Henry
(France)

6- Edinson Cavani
(Uruguay)

7- Kaka
(Brazil)

8- Cristiano Ronaldo
(Portugal)

9- Didier Drogba
(Ivory Coast)

10- Keisuke Honda
(Japan)

11- David James
(England)


I can't wait for this coming 2014... (^_^)

Friday, September 3, 2010

WAHAI WANITA....

Sambil aku belek2 facebook.., aku ternampak satu artikel yg ada kat fb pupu aku.. Untuk tatapan bersama..., aku rasa eloklah dijadikan satu pengetahuan. Untuk diri aku terutamanya..

p/s: aku ambik dekat iLuvislam.com. Penulis ni adalah Saudara Zulhafidz Yahaya

---------------------------------------------

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? Hum.. Memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?

Friday, August 27, 2010

Kenangan Semalam

Allahu ya karim.. Dah lama x masuk blog. (balik2 kalaw masuk blog..., tu ja ayat standard chartered aku. pheww~~)
Sesungguhnya blog aku dah lama x dimanage dengan baik. Aku terlupa kerja part-time aku adalah blogger a.k.a penulis bebas yang bebas menceritakan apa sahaja kat sini. T'lupa seketika aku punya laman penulisan sendiri. Eceh... *=P
Ramadhan dah masuk pertengahan.. Ucapan pun aku x hulurkan. Rasa macam aku x menghargai pulak ketibaan Ramadhan yang kembali.. Walawpun dah lambat.., peluang singkat aku masuk blog hari ni aku gunakan untuk mengucapkan kepada semua:
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem.. Semoga Ramadhan kali ni lbeyh baik berbanding yang lepas.. Sambutlah dengan hati yang ikhlas... Mana taw.., ini merupakan Ramadhan akhir dalam hidup kita.. Mati e2 x mengenal masa.. X kan terlambat atau tercepat. Hadir dengan cara yang tepat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam.... Aku berniat nak terawih di masjid. Dah lama x jejak kaki kat masjid sebab dah lama aku terawih kat bilik. Bukan niat aku untuk mencanangkan ibadah yang aku lakukan.., cuma... Semalam niat aku terhalang kerana mereka berdua. Aku dah lambat.. Depa suh p pakai stokin dulu baru p masjid.. Eh,,, ni HELL ni..
Hati aku rasa puas walawpun pergelangan tangan kanan aku mula menunjukkan tanda2 lebam. Gedegang!! Sisi kanan loker besi aku menghasilkan bunyi. Marah aku x mampu dikawal lagi setelah aku kembali ke bilik. Tapi amarah tu berjaya juga aku tahan di hadapan mereka berdua. Bukan aku x nak membantah.., tapi aku taw kalaw mulut aku mula mengeluarkan kata2 bisa..... Ya.. Hati kalian akan berdarah. Langkah mudah.., aku diamkan sahaja walhal muka sudah berubah riaknya. Tym tu cna perasaan aku eh..?? Susah nak ungkap dek kata2. Ya, salah aku... X pakai stokin. Tapi....
Nak menghadap Maha Pencipta dihalang... Sedih sangat. Eh, perempuan.. Daripada hang sebok jaga pagaq.., baik hg p terawih.. X rasa bersalah ka halang orang...?? 1 hari nanti hg akan rasa apa yg aku rasa.. Bukan niat dendam.., tapi tu la putaan roda hdup.. Tunggu ja la.. Antara cepat atau lambat ja. That time.., you WILL remember my face..
Maafkan aku ya Rahim.. Aku cuma melontarkan rasa hatiku ketika bibir aku x mampu untuk meluahkan. Ampunkan aku.. Aku hanya membuang rasa luka yang bertandang di hatiku...

Saturday, July 31, 2010

HAPPY BELATED B'DAY, babe...

I didn't believe!!! My blog already had it's own birthday.. Last 9/7. Happy birthday to you.. Thanks for being one of my strengths, support my complicated feelings, patient with myself because sometimes i ignore u for a long time. Waaaaaaaaaaaaaa.... Damn excited. So that's mean i'm a blogger for last 1 year. That's not mean my journey as a blogger stopped. I'll continue it as long as i can. Or.., i might say until the end of my life time. Time passed without i'm noticed. Sorry dear..


~blogging is my world. my 'husband'. but.., if i'm married.., you're my '2nd husband'. ahahaha *=P


p/s: i luv u, my baby blog.. love u damn much!! you're my world..

Friday, July 30, 2010

The only post in July

Assalamualaikum................ Ya Allah.. Lamanya x masuk blog. Dah b'kepuk2 habuk Pujah kata. (memang pun). Aku x masuk blog sebab wireless x bpa clear. Asai ada benda aku nak tulih. line mesti spoil. And for today... Jeng3.. Alhamdulillah.. Berjaya jugak aku menerobos. He. (sengih penuh bangga. heheh)

So..., i think this is my only coretan sepanjang JULAI 2010. Banyak benda sebenaqnya b'laku lam bulan niyh. Hmmm.. My beloved Siti Rosni Abdullah b'day on last 3/7/2010. Same with Nurul Afiqah Mohammad Nazhari,on last 19/7/2010. Welcome to da 20th club baby.. And for today, b'day Mardhiyah Jaafar a.k.a Kak Mar yg ke-21. She's my classmate. For b'day girls..,, semoga panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu. Thanks for the friendship.. (",)

Next story, this year is FIFA World Cup 2010.


Halamak.. Corak permainan yang sangat lain dpd yg lain. I didn't expect Spain become the champion because i'm Brazil fan. Hehe. Sangat frust bila Kaka bungkuih awai.

my luvly kaka

Uwaaa... Semua favourite team aku pun bungkuih. Portugal, Jerman. Naseb Jerman 3rd place. X la frust sangat. Syaket kembang kuncup Jerman menang. Poda.. Hehe. Skuad Oranje plak kali ke-3 masuk final tapi x menang. I think they might be in trauma. Go Oranje go for coming 2014. He. Ke'ajaib'an World Cup kali niyh btambah rancak bila ada Paul si sotong. Pakar peramal yang hebat. Khurafat tui.. Secara kebetulan ja si sotong tu ramal kena. Haha. Lagi 1 aku tertarik dengan tajuk Kosmo! pasai no. 10. (x ingat dah full topic dia apa) World Cup 2010 menyaksikan semua pemain2 yg berjersi no. 10 sungkur di bumi Afrika. Waka waka eh eh. Brazil-KAKA, Argentina-LIONEL MESSI, England-WAYNE ROONEY. I think it's quite horrible bcz last 2002 in Korea Japan, my fav player Roberto Carlos Da Silva was the owner of that number. He play perfectly. What happened this 2010..?? Gosh!!

Lagi 1 yg aku rasa funny aha ha ha aha. Sempat jugak depa pilih player mana yg handsome ngan x handsome. Handsome, Fabio Canavarro. Beast, Wayne Rooney. This is too much to judge people. Urgh..

Then, aku nak promo.. Next week, my college having our ekstival instead of convocation day. Having fun. Hehe. Best of luck to Aimanuddin Rozli, Ubaidah Basit, Zarith Norsyaheera Elias, Mashitoh Hashim & their exco. Semoga penat lelah kalian berbaloi. Insyaallah.. Aamin.. (",). Below are some posters i'd grab from them. So public, join us... 4-7 August 2010..



_END_

p/s: bila pulak aku b'kesempatan masuk blog, aku pun x taw.. gonna missed u my babe blog

-munirah azmi, SIGN OUT