Thursday, January 23, 2014

santai sebelum start final

Assalamualaikum peeps!! ^^

Semester hat baru lepaih niyh macam syok pulak sebab orang lain semua study week seminggu. Kami 2 minggu kot! Kira tahap budak 1st year habeyh exam, kami x start g ada paper. Hebat wey, hebat. Kekekekeke.

Debaran nak exam mengusutkan fikiran. Lantas berjanji kami nak wat makan2 sebab biasanya tiap2 semester ada. Disebabkan jadual padat maka kami postpone masa study week. 

Maka, tanggal 2 Januari 2014 bersamaan hari Khamis, kami pun p la lepak dekat Dataran Nilai. Jimat kos weyh... Hahahahaha. 

Bila dipikiaq2 mungkin orang akan kata budak2 niyh gila kot! Lusa start 1st paper depa bleyh dok melepak g. Hahaha. Serabut nyoq weyh... Mesti maw santai. Setelah penat dok mengadap buku. Eceh! Tapi serius best bleyh jumpa balik ngan geng2 kelaih b4 exam. Kalaw idak jumpa time exam ja la..

Aku malaih nak bercerekarama cerita panjang, hampa sekodeng gambaq la eh.. Hehe (^_~)V

geng ayam

home-made by bell bell & the geng
lovely! ^^


1st game

makan time

thanks for the sponsor shab! ^^



1st place: mechanical pencil
rehang, miza, mar,syu, azi, shab, biding, faiq

2nd place: pen
nad, iejan, aini, jupal, shab, hanzalah, ceghah

3rd place: eraser
suheb, mira, bell, aku, shab, jahaha 

p/s: shab ketua kelas we olsss, tu pasai setiap gambaq ada dia. tapi dia group aku

love all of you guys!! ^^

sebelum balik

credit gambaq dekat: bell & suhaib & jahaha

p/s: for the b'day present.., thanks a lot!! :')


L-O-V-E,
munirah azmi

Friday, January 10, 2014

lepaking @ MANGO

Assalamualaikum peeps!! ^^

Salam Jumaat, sayyidul ayyam penuh barakah..

Okes. Seperti yang telah dijanjikan.., aku nak sambung post 8/1/2014. Kkkkk.

Actually.., malam uh kuaq p dinner la kunun2. Hahahaha. Celeb b'day yang ke-19 24. Weyh dah bertambah setahun g umoq. Woooooo.. X percaya weh! -.-"

Petang uh exam Fiqh Mawarith kot! Haaa.. Gempak ak b'day jawab paper final..?? Hahahaha. X pa.. Aku dah biasa. Kkkkk.

promo mango niyh...
mohon mango ambik aku jadi model depa. bhahahaha

mint, choc indulge, cheese cake

sedap weyh!! mungkin x sama dengan SR, tapi kalaw macam niyh produk orang melayu, bangsa aku, aku salute weyh! puaih hati. awesome kot! sekali sekala dua kali dua kala lepak sini bleyh laa.. ^^






masuk ayaq 

decoration lam mango, simple gila mehh. suka!! ^^
dalam cermin ada geng masuk ayaq. 
hahahaha

ending
alhamdulillah..

p/s: for the cake, thanks mar!! ^^


Love,
munirahazmi

Wednesday, January 8, 2014

08012014 - Rabu

Assalamualaikum peeps!! ^^

Sanah helwah yang ke-24,
MUNIRAH AZMI

Semoga panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu.

Aamin..


--------------------- preview -------------------------

nanti aku cerita.

promise! kekekeke


Lots of love,
munirah azmi tuan punya blog

Wednesday, January 1, 2014

01012014; Rabu

Assalamualaikum peeps!! ^^

Hari niyh hari pertama 2014. Perghhhhhh kau! Dah tahun baru. Macam x caya.. X maw komen apa. Hahaha. Ok. Tata.

Semoga tahun 2014 masihi membawa barakah dalam hidup aku. Aamin.. Aku nak throwback 2013. Tapi malas plak. Hahahaha.

p/s: exam saku start 4, 6, 7, 8, 13, 16 januari. doakan kejayaan bersama. aamin.. ^^ <3


Love,
rara maillard


Friday, December 20, 2013

5th semester E.N.D.E.D

Assalamualaikum peeps!! ^^

Hari niyh hari terakhir aku p tuto + kuliah.. Macam x caya syiot... Bersempena hari dan minggu terakhir niyh.., banyak momentssss yang budak2 kelaih aku ambik gambaq. Aku pun x taw laa nak cakap macam mana. Yang pasti budak kelaih aku a.k.a TLC3 memang gempak habeyh! Haha. 

Tuesday momento


Ustazah Nabilah.. ^^


roommate 3 semester, aini saro

Thursday momentoss


Ustaz Yunos.. ^^



Dr. Hamza


baju kaler lebih kurang, alasan kukuh nak ambik gambaq ^_~


Friday momento

p/s: Dr. Ibrahim rushing ada hal tadi, maka tinggai kami ja laa..
 


osaka 6


depa rasa depa sweet weyh.. hahaha
shab & mar


memang habeyh toghah


Dr. Alina.. ^^

p/s: hat jubah kotak uh budak falak yg penah masuk kelaih kami.. kkkkk


Sebenaqnya semester niyh banyak sangat cerita.. Cuma aku malaih update. Serious malaih.. -.- Ada girl's day, PRK, Rehang menang jadi mpp, Mocktrial 3.0, balik kedah 2 minggu lepaih. P kenuri kak own. Haaa. Gitu. 

Nanti aku memang nak update random photos yang berlaku sepanjang sem niyh. Mungkin tahun depan, habeyh exam. Errr~~


Love,
rara maillard

Saturday, December 7, 2013

^_~

Assalamualaikum peeps!! ^^


That RM20.
Just, really special.. 

Thank you.. ^_____^

p/s: bajet macam model. kahkahkah. deal with it! wkwkwkwkwk

Take care everybody! 


Lots of love,
rara maillard

Wednesday, October 23, 2013

Day out with 'em!

Assalamualaikum peeps!!

Perghhhhhh... Sakit rengkong aku sebab blog dah berkarat! Errrr. Sumpah aku malas nak update la niyh.. Tumpang ada mood. Meh aku update 1 post.

5/10/2013 bersamaan hari Sabtu, aku telah p melepak bersama konco-konco. Aku ajak Seha sekali sebab dah lama aku x lepaking dengan dia.

Hajat di hati tketaq nak naik roller coaster. Nak p Genting haruslah x.. Kos banyak. Lalu p melepak kat Times Square Theme Park! Sumpah osem gila! Gambaq menceritakan hari kejadian.


sumpah buhsan menunggu putera2 raja yg x kunjung tiba. -.-
nak menggembirakan hati yang t'bakaq dek kerana x nampak batang hidung depa, 
mariam ajak ambik gambaq 



with seha
5 years friendship.
x cukup korum sebab x dop si leya :')


aku rasa pic blurrr niyh cantik.. ^_~




monorail x sampai..
moh gambaq lagi. 
haha


menanti 2nd group yang x berjaya meloloskan diri kat monorail. 
hehe.
with jajang & mar

Pas dah bayaq tiket, depa telah melantik aku jadi tourist guard secara x rasmi. Warming up.. Aku ajak layan roller coaster. Depa tgedik nak naik DNA Mixer. Aku kata roller coaster dulu.. Last2 menang kat aku. Hahaha. Bukan x maw naik pemanggang bodoh DNA Mixer tu dulu.., tapi aku dah survey. Ramai mencadangkan x naik pun x pa. Hahahahaha.


gambaq 1st masuk theme park!
wooooooo sangat excited! ^_^
otw nak naik roller coaster 7th level
with iejan, kaq, eni & seha


tengok biasa, bila naik luaq biasa ok......


ini sakai kerana nak tayang tix sebelum di'sekolah'kan oleh roller coaster! 

Gambaq naik roller coaster haruslah x dop. Hang gila apa! Beg semua tinggai lam peti harta karun. Henpon pun bawak sebab nak berwalkie-talkie contact ngan guys yang x masuk in case masa nak men bowling dah sampai. Tournament la kunun2. Haaa. Gitu. Gambaq 1st aku naik roller coster macam harrrrr.. Hahaha. Buruk syiot bila aku tengok kat autocam snap gambaq orang tengah dok layan feeling menjerit. zz


ini gambaq sebelum naik DNA Mixer
bila dah turun aku rasa muka masing2 x bleyh senyum dah. 
fakta weyh, fakta! 
hahaha


buuuu yang panjang dekat seha sebab x naik dan hanya pose semata.
buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
hahahahaha


Aku tobat x naik dah! Bagi 2 juta free pun aku x naik. Kesimpulan dia macam x dak reja p cari reja, dapat bala. Lepaih aku naik benda alah niyh.., aku pening, rasa nak muntah dan terus aku 'pengsan' tidoq atas kerusi kat lam theme park uh. Aku x pedulik dah orang lalu-lalang tengok keadaan aku. Lantak hampa laa. Janji aku sehat balik. Klu kalaw nak cari gambaq aku adalah muka hat paling buruk. Sekian. Oh btw, thanks to Iejan.., jadi nurse x rasmi aku. Jasamu aku kenang sampai bila2. :') Sobs!

Bila dah sihat, teruih p terpa kat KFC. Semua depa dah order. Cuma tinggai bergerak ja nak p LG. Lepaih makan tenaga charge balik aa. Hehe. Alhamdulillah penderitaan pening aku dah beransur pulih. zz. Then depa deal teruih p bowl valley. Masa otw tuh terjumpa decoration.


osem kot! 
aku rasa macam avatar kat planet pandora.
hahahaha






ok. aku cool. so..??
hahahahaha



Aku rasa part paling best bila menganjing geng2 main bowling. "Longkang, longkang, longkang.." Macam terkena curse, teruih masuk longkang. Bhahahaha. Memang enjoy! ^^


habeh bowling masuk lagi sekali theme park sebelum balik.
awesome weyh!!
 3 round aku main roller coaster

disebabkan time niyh spinning orbit ngan solero shot under maintenance, aku rasa nanti nak kena p lagi. hahahaha. memang aku sakai!

jumpa post akan datang!
tata


Love,
rara maillard