Monday, September 27, 2010
Sunday, September 26, 2010
3T- Tercengang Tengok Tajuk
Then aku TERexcited sebab nampak novel Siti Rosmizah. Setakat 2 novel yg dia dah tulih,.. x penah mengecewakan lagi la. Kalaw aku beli dua2..., alamat kopak aa dit (kalaw hari aku sayang dit) Last kali aku rembat 1 ja iaitu novel seperti di atas. Best.. Mmg layan...
p/s: ton depan pas grad.., (insyaallah) aku p kutip balik novel2 aku yg telah p berhijrah kat umah pupu2 aku. he.
Friday, September 24, 2010
20th?? Already...
Best-est cousin..., happy birthday yang ke-20 kat u, 'Ammar Fadzil, yang kini berada di perantauan.. (aku x bleyh pow dit hg la tapinya.. jammed tui...) Semoga panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu. B, taun depan i taw u raya kat Mesia aa.. Macam besa..
Saturday, September 18, 2010
It is not just SAMARINDA SLOT
Hmm.. Nak dijadikan cerita.. Aku sampai kat umah pada 31/8/2010. Merdeka Day.. Tema merdeka kali ni aku rasa vogue. "1Malaysia Menjana Tranformasi." Masa aku tengok tema ni dalam hati aku terus tpkiaq cita Transformers. Macam mana dpd kereta buruk bertukar menjadi Bumble Bee.. Waa.. Excited. Walawpun Bumble Bee x hensem.., tapi dia kuat. Satu motivasi yg baik.. He. Thumbs up.. Teringat jugak lagu Faizal Tahir,
Ku terus berani melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan
Semangatku terus membara janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan
Meh aku kenaikan karakter cita niyh..
There's nothing in this world can stop me from loving Adura, not even you, not even Aishah.., not even Mak Jah, not even..
Even Allah..?? Dare to say that word Yassin..?? Kamu lupe ke? Bahawa perasaan cinta yang kamu agung2kan sangat pada Adura tu hanyalah perasaan yg dipinjamkan oleh Allah kepada kamu Yassin..?? Tapi kamu mendabik dada dan kamu menyangkakan yang perasaan itu adalah hak mutlak kamu sahaja. Dan kamu berani menempelak dan menyalahkan aku dan Aishah sebagai batu penghalang antara cinta kamu dan Adura, begitu..??
p/s: aku bg 5 stars kat drama niyh sbb sebelum ni kalaw aku tertinggal episod.., aku x pnah catch up balik. he. best.......
tuan punya blog,
munirah azmi
SIGN OUT--
Thursday, September 16, 2010
Andai..
Tuesday, September 14, 2010
EID 2010
tym ni kat mah tok b4 lik umah.
sep bek dik nan ok
kids fun club *=P
tambah jangan x tambah...
belakang jag ayaq, bondaku..
baju maroon, ayahanda aku
_END_
Thursday, September 9, 2010
Dari Hati Seorang Bapa kpd Puterinya..
Mungkin kerana ibu sering menelefon kita untuk bertanya keadaan setiap hari. Tapi tahukah kita, bahawa ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon?
Mungkin dulu sewaktu kita kecil, ibulah yang sering mengajak kita bercerita atau berceloteh, tapi tahukah kita, bahawa sekembalinya ayah daripada bekerja dan dengan wajah yang letih, ayah selalu bertanya kepada ibu tentang khabar kita dan apa yang kita lakukan seharian?
Pada saat diri kita masih bergelar seorang anak perempuan kecil.., ayah biasanya mengajari puteri kecilnya untuk menaiki basikal. Dan setelah ayah mengganggap kita sudah boleh menunggangnya, ayah akan menanggalkan roda bantuan di basikal kita. Kemudian, ibu akan berkata, "Jangan dulu ayahnya, jangan di tanggalkan dulu roda bantuan tu,". Itu kerana ibu kita takut seandainya puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....
Tapi sedarkah kita..?? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkan, menatap, dan menjaga kita mengayuh basikal kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada saat kita menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatap kita hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas, "Boleh, kita beli nanti, tapi bukan sekarang." Tahukah kita, ayah melakukan sedemikian kerana ayah tidak ingin kita menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kita ditimpa sakit, ayahlah yang terlalu risau sehingga kadang2 sedikit membentak dengan berkata, "Ayah dah beritahu! Jangan minum air sejuk!". Sangat berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihati kita dengan lembut. Ketahuilah.., saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaan kesihatan kita.
Ketika kita sudah beranjak muda remaja.., Kita mula menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas serta mengatakan, "Tak boleh!". Tahukah kita bahawa ayah melakukan itu untuk menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat2 luar biasa berharga..
Setelah itu kita marah dengan ayah serta masuk ke bilik sambil menutup pintu dengan kuat. Saat itu, yang datang mengetuk pintu dan memujuk kita agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kita bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gelojak dalam batinnya? Ayah ingin sekali mengikuti keinginan kita..., tetapi dia harus menjaga diri kita.
Saat seorang lelaki yang istimewa dalam diri kita mulai sering menelefon kita, atau datang ke rumah untuk menemui kita, ayah akan menunjukkan reaksi wajah yang paling cool. Sesekali ayah akan mencuri dengar atau mengintip kita yang sedang berbual berdua di ruang tamu.. Sedarkah kita, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kita mula lebih dipercayai, ayah juga akan melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untuk kita dan kita telah melanggar jam malamnya.. Maka yang dilakukan o;eh seorang ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggu kita pulang dengan hati yang sangat gundah gulana dan perasaan itu akan semakin bertambah. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahi kita.. Ketika itu..., sedarkah kita bahawa perkara yang paling ditakuti oleh ayah akan segera berlaku? Bila mana puteri kecilnya akan segera meninggalkan dirinya..
Setelah lulus SPM, ayah mungkin akan melakukan paksaan terhadap kita untuk menjadi seorang doktor atau jurutera. Ketahuilah bahawa seluruh paksaan yang dilakukan oleh ayah itu adalah semata-mata memikirkan masa depan kita di kemudian hari. Tetapi ayah akan tetap tersenyum dan menyokong diri kita saat pilihan kita tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Ketika kita menjadi gadis dewasa.., kita harus ke universiti jauh di perantauan. Ayah harus melepaskan kita ke sana. Tahukah kita bahawa tubuh ayah terasa kaku untuk memeluk kita..?? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat itu dan ini serta menyuruh kita untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memeluk kita erat2. Yang ayah lakukan hanyalah menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk kita lalu berkata, "Jaga dirimu baik2, ya sayang..". Ayah melakukan itu semua agar kita KUAT.... Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Di saat kita kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan pengajian dan kehidupan, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha dengan keras untuk mencari ikhtiar agar anaknya boleh merasa kesenangan sama seperti rakan2nya yang lain.
Ketika permintaan kita bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru.., dan ayah tahu dia tidak mampu memenuhi apa yang kita inginkan, kata-kata yang keluar dari mulut ayah adalah, "Tak.... Tak boleh!" Walhal dalam batin seorang ayah, dia ingin menyatakan, "Ok sayang, nanti ayah belikan untuk kamu". Tahukah kita bahawa pada saat itu ayah berasa gagal untuk membuat anaknya tersenyum?
Saat kita telah berjaya sebagai seorang graduan.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan di atas kejayaan kita. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan berasa puas melihat puteri kecilnya yang tidak manja dan sudah meningkat dewasa serta telah menjadi seseorang.
Apabila tiba saat seorang teman lelaki datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambil kita darinya.., ayah sangat berhati-hati dalam memberikan keizinan. Kerana ayah tahu.., bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan tempatnya nanti.
Dan akhirnya....
Saat ayah melihat kita duduk di kerusi pelamin bersama seorang lelaki yang dianggapnya mampu menggantikan dirinya.., ayah pun tersenyum bahagia.. Adakah kita tahu.., di hari yang bahagia itu ayah pergi ke belakang pentas pelamin untuk seketika dan menangis..?? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia... Kemudian ayah berdoa.... Dalam lirih doanya kepada Allah Yang Maha Esa.., Ayah berkata, "Ya Allah.., tugasku telah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya.. Rahmatilah kehidupan mereka, ya Allah..."
Setelah itu ayah hanya mampu menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih, tubuh badan serta lengan yang tak kuat lagi untuk menjaga kita dari bahaya. Ayah telah menyelesaikan tugasnya.. Ayah, abah, baba, papa, walid, abi, abuya atau daddy kita adalah individu yang harus selalu terlihat kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis.., dia harus pamerkan ketegasan bahkan saat dia ingin memanjakan kita. Dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..
----THE HAPPINESS OF FATHERS'-----
p/s: aku dapat dpd seha. seha dpt mn aku pun x taw. asainya bahasa indon. so aku tukaq p bhs melayu & ubah sedikit tatabahasa untuk renungan kita bersama wahai puteri kepada seorang bapa..
Tuesday, September 7, 2010
Salam Lebaran
Lagu M.Nasir..., my faveret song.. Bila dengaq balik lagu raya lama2 rasa meriah sangat. Lagu skg kureng best sket.
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Musliyana Salma Mohd Radzi. I cyg u b.. Selamanya.. Forever and Ever.. Selamat Hari Raya.. Dah lama aku x jumpa hang. So aku rasa dosa aku kat hg dah kurang. X banyak cm dulu kerana hobi sy adelah ragging awak. Ekekekeke. Maaf zahir batin. Thanks for being my listener. Sejak hg dah jadi warga kota metropolitan niyh hg belagak eh. Jejak kaki kat Kedah pun hg x maw dah.. X pa la... Di pagi Syawal..., aku tunggu hg kat depan signboard Taman Marina. (atenyerr...)
Dak2 klas aku skg... 3 tahun aku bertapa dgn hampa.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir & batin. Andai ada terkasar bahasa, aku mintak maaf. Nak wat cna.., aku cuma memartabatkan bahasa Kedahku saja. Hehe. 0-0
X lupa jugak to all my schoolmates & teachers in SMK Agama Kedah especially 5 Fathonah 2007.. Hampa mmg rancak..
My lovely..,
(aku baru upload pic Sumaiyah x sat.. 21/9/2010)
My all lecturers in Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor..
To all Muslims all over the world.., Happy Eid Fitri. May Allah bless us. Aamin...
p/s: hat nama x sebut.., aku jugak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kat hampa. X sebut x bermakna lupa.. he~~
tuan punya blog,
munirah azmi
Saturday, September 4, 2010
Suddenly..
paul the octopus
victory
happiness and satisfied in their face. congrats!!
There were ranking on the most gorgeous players on people choice during FIFA World Cup 2010..