Assalamualaikum engkau yang setelah sekian lama dan terlalu lama aku tinggalkan.
Hari ini, aku sedar bahawa selama ini itulah kebaikan di dunia akhirat yang aku cari. Aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu.
Kata-kata itu doa. Aku terkedu sebenarnya.
Kenapa rasa sedih itu mampu untuk dihalang dulu dan tidak hari ini? Ngilu.
..dan kerana kesedihan itulah yang membuatkan aku sedar bahawa itulah yang aku pinta selama ini.
Esok 1 Ramadhan 1443H.
Permudahkanlah urusanku, beratkanlah timbangan amal ibadahku, bantulah aku untuk menjadi hamba-Mu yang bertaqwa, lindungilah hati kami, permudahkanlah urusan kami, jadikanlah kami semua anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kami.
Aamiin.. <3
Salam rindu, salam Ramadan, salam ingatan wahai sekalian anak perantau :')