Friday, June 11, 2010

Jangan Baca

Long tym no see baby.. He. Uish, bagi la salam.. Opss!! Assalamualaikum ya habibi.. Hari ni 'angin' blogging aku my. Apa hampa ingat kentut ja ka kena ada angin.., blogging pun ada oo.. Haha. Hari nak blogging, kena ada mood. Lau x dak, x jadi beb. (^_^)

--------------------------------

Aku wat rumusan, life is complicated. Sejak naik sem baru niyh..., macam2 isu yang aku x penah pikiaq ditimbulkan oleh para lecturers aku. Salah satunya.., isu anak yang dilahirkan tanpa status. Anak luar nikah. Bukan aku mahu mengaibkan mereka, tapi mereka x salah.. MAK BAPAK mereka yang bersalah. Buat pandai, nak galas tanggungjawab x pandai pulakk. Orang yang x bleyh dapat anak nakkan anak, yang bleyh dapat anak? Buang begitu sahaja. X pa.. Pasni bleyh wat lain. WAK LU........!! Sesunguhnya binatang yang x dak akal tu pun menyayangi anak mereka, inikan pula kamu wahai manusia? Mana hilangnya mawaddah dalam diri kalian..?? Nescaya penyesalan seumur hidup itu akan menjadi milik mereka. Aku tertarik dengan statement Ustaz Ismail:

"Seorang wanita x kan mampu menerima hakikat yang dia ditinggalkan oleh pasangannya setelah dapat apa yang di'hajati'. X kiralah wanita manapun, termasuk negara yg mengamalkan seks bebas. Walawpun dia membesarkan anaknya secara sendirian, secara logiknya, fitrah manusia nakkan kesempurnaan. Nakkan satu keluarga yang sempurna. Ya, ibu tersebut bleyh jadi ibu dan ayah kepada anak itu dan beri kasih sayang. Tapi.., kamu kena ingat. Kasih sayang seorang ibu dan ayah itu adalah berbeza. Perfect macam mana pun si ibu itu bagi kasih sayang.., tapi si anak itu x kan mengetahui apa itu nilai kasih sayang seorang ayah".


Waaa. Aku excited dengaq hujah Ustaz Ismail. Seingat aku la.., aku x pernah terfikir sampai macam tu sekali. Satu alasan yang sangat konkrit!! Nampak macam biasa ja.. Tapi perempuan yang ditinggalkan hamil tanpa 'suami' ini sebenarnya mengalami tekanan psikologi yang sangat hebat. Penderaan mental lagi hebat berbanding penderaan fizikal.


WAHAI KAUM ADAM..

Seorang lelaki yang menyayangi wanita idaman hatinya x kan mengambil kesempatan ke atas diri wanita tersebut melainkan dengan cara yang halal. Dia HANYA akan mengambil haknya apabila tiba masanya. Kuatkanlah imanmu agar x rebah menyungkur menyembah khayalan duniawi yang mengasyikkan..

WAHAI KAUM HAWA..

Janganlah kalian menjerumuskan kaum Adam ke kancah kemaksiatan. Wanita itu fitnah dunia. Ingatlah bahawa semasa di zaman jahiliyyah dulu kalian ditanam hidup2 tanpa belas. Sesungguhnya Islam telah mengangkat martabat kamu. Peliharalah dirimu. Sebaik-baik hiasan di dunia adalah wanita solehah.


p/s: Seronok jadi orang yang berilmu ni, kan? Buah fikiran kita orang lain bleyh terima. Semoga satu hari nanti aku tergolong dalam kalangan lecturer2 aku. Aamin..


-munirah azmi

No comments:

Post a Comment