Thursday, November 18, 2010

Tragedi Berdarah..

Assalamualaikum... (menjadi formal)

Mungkin bagi penganut agama lain.., ia adalah hari Rabu. Sama seperti hari-hari sebelum ini. Bukan berniat as-sobiyyah.. Sebaliknya, semalam merupakan hari bermakna bagi seluruh umat yang beragama Islam kerana Aidiladha telah diraikan dengan penuh kesyukuran..

Apakah tujuan Aidiladha disambut?

Untuk mengingati Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah Taala untuk menyembelih putera kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Demi kepatuhan kepada Allah, Nabi Ismail A.S redha baginda disembelih oleh ayahandanya..

**____________**_____________**

(kembali tidak formal)

Raya cara kampung..

Disebabkan semalam raya haji.., aku mesti la balik kampung. Satgi Tok Misah teyak plak aku x balik. Ehehehe. Raya taun ni ada 3 ekoq lembu ja untuk dikorbankan. Kemeriahan raya dah x macam aku kecik2 dulu. Kalaw dulu.., mesti 5 ekoq atau lebih.. Memang rancak laa. Tahap muka pun dah rasa macam lembu (sebab dok pulun makan daging). Hehe.

Dulu, menu masak mesti banyak. Sup, masak kicap, masak kuning, ngan goreng pedas. Masakan seperti yang dinyatakan x kan jadi perfect lau ayaq asam Lang x dak. Heheh. Tapi semalam tinggai sup ngan masak kuning ja.. X kisah laa. Janji aku bleyh pulun sup ayaq tangan Ngah Leh.. Wiwiwiwiwi. Cedappp... Lagi kawww kalaw perah limau nipis. Alamat hirup x ingat donia.. Hehe.

Seronok beraya kat kampung niyh.., sebab ada gotong-royong.. We help each other.. Macam Ikmal lam cita Syurga Cinta kata.., ada kelasssssssssssssssss... Kali niyh aku upload 3 pics only, 1 untuk SEBELUM, 1 untuk SEMASA, 1 untuk SELEPAS..


Time niyh depa tengah pulun nak tumbangkan lembu hat 1st.. Tarik ekoq lembu g. Hehe. Tapi pic tarik ekoq tu aku x upload la.. Ehehe.


Yeah... Itu dia proses sembelih. Saat nyawa bercerai drpd tubuh tanpa ubat bius. Sakit2. Aku rasa lain macam bila lembu2 tu keluarkan bunyi masa lepaih urat depa putuih. Attention!! Yang sembelih tu my Pak Njang, Ahmad. (promote Njang)


Lapah.. Aku rasa pic ni agak sensor la.. Hehe. Tapi aku bermaksud untuk berkongsi pengalaman bersama hampa semua. (^_^) Apa rasa kalaw kulit kita kna siat..?? Renung2kan..

Disebabkan baki daging masih banyak.., kami telah bersepakat nak wat bihun sup hari niyh.. Uishh.. Sedap3. Ketua chef hari ni Kak Cik Jidah.

Tiba2 tok bilal surau ketuk beduk tanda azan menjengah.. Eh, tapi azan dak lagi.. Bengong!! Tu tandanya perut mintak diisi laa.. Bihun sup pun dah siap. So...... Tata.

Hasta La Vista, baby..

Love,
Munirah Azmi

No comments:

Post a Comment