Wednesday, December 1, 2010

Iron Lady

Salam alaik habibi.. Saya mintak maaf... Hari saya x susah, saya lupa dekat awak.. Akhir sekali, saya kembali jugak dekat awak Baby Blog.. Uwaa..

Kalaw ikut semalam saya nak blogging. Tapi Abang Bantal, Abang Tilam, Abang Comforter panggil saya ajak dating. Mana bleyh tolak. Haha. Pheww~~ Sebenaqnya banyak cita bulan 11. Tapi saya x post sebab line wireless TERmengong seketika. Beh kurang 2 minggu gak keadaan berlarutan ya.. Saya sabarrrr je.

Perkara utama nak habaq, Facebook account is deactive. Temporarily. Saya malas untuk menjadi penghuni di situ buat masa sekarang. Mungkin kerana saya menyedari bahawa saya lebih cenderung kepada introverted dpd extroverted. Setelah semua keadaan stabil, saya akan bertandang kembali ke sana..

B4 p kelas tadi.., Baba call. Dia gtaw saya hari ni nak p bukak jahit Mama. Ok. Kim salam dekat Mama. Tu ja respon saya. Hmm.. 2 3 hari ni mood saya x bpa nak elok.. Elok.. Tapi feel lonely. Miss Lonely. Blurr.. Hahah. *;P

Balik dpd kenduri Kak Long yg merangkap sepupu Alia.. Hati saya rasa sedih sangat. Baba ada habaq. Tapi bunyi tren yang hingaq itu membuatkan saya kurang jelas mendengar suara Baba. Esok tu saya telefon Mama. Saya mahu mengucapkan Hapy Birthday yang ke-51 dekat Mama. X sabaqnya.. Hehe. Baru nak muqaddimah nak wish...., Mama kata dia dan Baba accident. Perghh.. Rasa macam nak pecah jantung. Macam udara yang Allah bagi ni x cukup untuk saya inhale seperti biasa.

"Mama kena jahit sikit bawah mata kiri sampai pipi sebab kena spek. Baba x dak pa2." Ayat keramat. Sikit ja.. X yah dok pikiaq laa. Sikit apa macam tu sampai kena jahit!! Mama ni...

Niat saya terbantut... Saya x punya kekuatan untuk mengucapkannya kepada Mama. Saya x cukup kuat. Ya, mungkun saya bleyh mengurangkan sedikit kesedihan yang bertamu di hati Mama ketika saya wish birthday untuk dia..., tapi saya memang x bleyh. Saya x kuat macam Power Puff Girl.. *:,( Saya taw..... Dia sedih kerana pipi dia kena jahit. Saya taw tu. Suara dia lain bila menyatakan keadan itu. Dia cuba berlakon seolah-olah tiada apa-apa. Saya bukan bodoh.. Saya anak dia. Saya taw hati dia macam mana. Dpd sempurna kepada sedikit cela kepada paras rupa. Mama sabaq eh..... Macam mana pun Mama.., kasih saya x pernah terkurang pada dia.

Saya telefon Baba. Saya marah kerana Baba x bawak kereta elok-elok. Ayat pertama yang terluncur keluar daripada bibir selepas menjawab salam, "Macam mana Baba bawak kereta..?? Baba ni..."

"Baba nampak ada benda melintas. Baba elak sebelah kanan. Benda tu ikut jugak sebelah kanan.."

Baba kata lagi kepada saya, "Kita x mintak pun nak accident. Dah nak jadi. Nak wat macam mana..??"

Ya Allah.. Bersalahnya saya.. Maafkan saya wahai Sang Bapa.. X mendengar penjelasan terdahulu.. Suara Baba sebak masa kata accident. Ya. Saya dengar tu.. Hati.. Berilah ketengan kepada bapaku.

Mama x habaq pun gusi dia kena jahit. Baba yang gtaw saya. Mama, mama. Saya rahsia dia marah. Dia rahsia x pa pulak.. Oh!! Ini tidak adil... Hehe. Siapalah saya nak bangkang2. Saya cuma anak sahaja. Terlupa plak.. Ehehe. Akhir sekali saya hanya mampu SMS sahaja untuk wish b'day Mama saya. Hati saya rapuh rupanya. Saya x sangka.. Setahu saya.., sayalah yang paling keras hati dalam dunia ini.

Habis kelas, saya telefon Baba.

"Sudah dah ka buang jahit?"

"Sudah dah.."

"Cepatnya..."

"Doktor kata mai lepas 4 hari."

"Oooo.."

Masa saya sebut jahit tu.. Saya sedih tiba2. Macam mana perasaan Mama?? Saya kena kuat. Saya taw.. Baba pun mesti ada jugak perasaan x cukup kuat. Kalaw saya x kuat jugak.., macam mana?

Saya cakap Baba pun x cukup kuat kerana mungkin akan terdetik di hati lelakinya, isteri aku terpaksa tanggung sakit sebab aku.. Aku yang bersalah. Selamanya parut itu akan jelas kelihatan. Dan selagi Baba lihat parut itu, rasa bersalah, sedih x akan berlalu pergi. Betul x..? Kan?

Saya pinta kepada Baba untuk berbicara dengan Mama. Dah lama x cakap dengan Mama.

"Mama x bleyh cakap.. Gusi dia sakit."

Pedihnya hati ini...

Terima kasih kerana Engkau masih memberikan peluang untukku bersama kedua ibu bapaku lagi. Jika kematian itu berlaku.., biarlah aku pergi bersama ibu dan bapaku. Atau biarlah aku yang pergi sebelum Kau ambil ibu dan bapaku dari sisiku.. Itu pintaku..

Bukan saya x mahu menceritakan kepada siapa2.., Tapi saya rasa cukup untuk dicoretkan di sini. Bibir terasa berat untuk mengeluarkan cerita. Selagi saya boleh tanggung, saya tangung. Saya x harap rasa belas di hati kalian kerana saya Iron Lady. Saya cuma pinta kalian doakan Mama dan Baba saya tidak trauma selepas kejadian malam itu.. Aamin. (^_^) Lain kali saya blogging lagi. Tunggu taw.



Salam ikhlas dari saya,

Munirah Azmi

2 comments: