MANUSIA.. Makhluk istimewa. Tapi kekadang aku terfikir.. Kita sebagai hamba-NYA.., istimewa bagaimana?? Kita istimewa kerana wujudnya kasih dan sayang yang akan bersatu menjadi kasih sayang. Allah... Terima kasih di atas anugerah ini.. Satu rasa yang x mampu diucap dek kata2 kerana hati telah mula menjalankan peranannya dalam menzahirkan komunikasi. Kadang2 kita sayang seseorang dengan sepenuh jiwa raga.. Tanpa ragu2. Pernahkah kita berfikir? Cinta sesama manusia akan terkulai layu saat maut menyapa kekasih yang kita kasihi. Mungkin kita fikir.. Tapi manusia.. Tidak terlepas daripada mencari pasangan. Terus mencari, mencari, dan mencari.. Sehingga berjumpa dengan pilihan hati. Itulah lumrah kehidupan manusia.. Tetapi.., jika hati yang telah diberikan itu, ditinggalkan tanpa sebutir bicara.., bagaimana rasa hatimu?? Itu perjudian hidup. Aku terfikir persoalan itu sejak meniti alam remaja. Hati akan perit. Seakan hati yang penuh kehancuran itu x mampu dicantumkan kembali. Walaw serpihan hati itu dicantum menggunakan gam gajah sekalipun. Mungkin kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan yang sejujurnya.. Tapi.., aku percaya dengan hukum Allah Tuhan Robbul Jalil.. Sekali kita permainkan hati orang..., akan ada seorang yang akan mempermainkan hati kita. Malah.., kehancuran yang dirasai oleh kita akan melebihi dengan kehancuran yang kita ciptakan untuk orang yang kita permainkan. Allah Maha Adil...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah..., sesungguhnya aku sayang kepada hamba-Mu itu. Tetapi aku pinta kepada-MU..., jangan kau lebihkan sayangku terhadapnya melebihi kecintaanku terhadap-MU ya Allah. Terhadap Rasulullah, terhadap kedua ibu bapaku. Kurniakanlah aku jodoh yang baik.., yang beriman dan yang bertaqwa.. Yang mampu untuk memberikan kebahagiaan kepadaku di dunia dan di akhirat kelak.. Yang mampu untuk membimbing aku menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah serta wanita yang solehah seperti yang dituntut oleh-MU ya ALLAH. Sesungguhnya.., aku mahu mendampinginya di akhirat sana. Berikanlah kesempatan kepadaku untuk membahagiakan dirinya.., sepertimana dia membahagiakan diriku. Ya Allah ya Tuhanku.., andai kau takdirkan dia sebagai masa hadapanku.., aku terima dirinya dengan seikhlas hatiku.. Bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya untuk dirinya.. Kau ikatkanlah hati kami untuk selamanya.. Aamin..
May ALLAH bless u, always...
No comments:
Post a Comment