Thursday, July 16, 2009

LELAKI IDAMAN SAYA

Lelaki idaman saya,
Mestilah yang berani meluahkan
Sama ada sedap didengar
Atau mungkin merobek hati
Berkatalah benar walau ia pahit
Untuk diluahkan
Tetapi...
Jujurlah pada hatimu
Itulah pintaku...
Lelaki idaman saya,
Mestilah yang taat pada agama
Kerana agama itu
Tonggak diri
Yang akan membawa kepada
Asas kejayaan dalam dirimu
Dengan agamamu itu...
Mampu mendidik saya
Menjadi muslimah sejati
Seperti yang dikehendaki oleh
Allah Taala...
Bimbinglah saya
Ke jalan yang diredhai
Kerana di akhirat sana
Aku ingin mendampingimu...
Lelaki idaman saya,
Jadilah engkau dengan dirimu itu sendiri
Jangan kau ubah demi kepuasan diriku
Kerana itu kepuasan palsu
Yang akan kauhadiahkan kepada diriku...
Lelaki idaman saya,
Aku mohon padamu...
Jadilah pelindung aku
Sampai bila-bila...
Kerana engkau melindungiku...
Terhindarlah aku daripada fitnah dunia
Yang penuh dengan durjana manusia
Lelaki idaman saya,
Bantulah aku
Sokonglah
Sayangilah aku
Kerana aku insan yang dicipta
Allah sebagai hamba yang lemah
Lemah dirimu...
Rapuh lagilah diriku...
Bimbinglah aku...
Ke cahaya syuhada

No comments:

Post a Comment