Tah pasai pa hari ni aku kena tazkirah ngan Mama after semayang Subuh. Mungkin alpa seketika dengan nikmat dunia yang Allah berikan. "Di saat2 orang lain x tunaikan fardhu, apa lagi nak wat perkara sunat. Kita yang belajaq ni pun x amal perkara2 sunat.., depa lagi la. Sebab tu kena bersyukur..." Hmm.. Kalaw kita tengok dunia akhir zaman niyh, smua dah jadi hubbu dun ya. Gara2 kita sibuk dengan urusan dunia.., mana sempat nak g semayang dhuha. "Ala Mama... Munie ada kelas pagi2.." Jawab aku kat dalam hati ja laa. Mama aku plak cm taw2 ja aku menjawab. "Kalaw nak ikut dan tu.., memang x kan ada masa untuk kita wat ibadat. Sebab tu kena pandai curi masa. Rebut peluang". Arkk... Padan muka aku.. Hujah Mama memang x bleyh sangkal. Hehe. Tq Mama. Kemudian bakat anak Tok Guru Awang bin Ali dalam bidang berkata2 ini diteruskan.. Walawpun kedengaran soseh2 di luar rumah kerana suami tercinta sedang bagi settle luaq rumah yang agak serabut. Heheh. "Mama dengaq kuliah Ustaz Shamsuri hari tu, dia kata dalam hidup ni kena ada 1 perkara yang kita kena buat bagi jadi habit. Kalaw x wat x senang duduk. Macam semayang dhuha tu. Masa orang lain x wat, kita wat.. Berlipat ganda dapat pahala".
Pesan Mama>>
1- Semayang dhuha tu untuk:
:) mudah dapat rezeki
:) dapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah
2- Amalkan perkara sunat sampai jadi habit; Benda tu la yang akan jadi pendinding kita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah 2 jejaka wiring rumah.. "Allahuakbar! Allahuakbar!" (sampai habeh azan Maghrib). Aku tengok mamat 2 orang ni bleyh la tahan; sorg maneh.., sorg macho sempoi. Aku malas ambik port.. Tapi, depa tetap meneruskan perjuangan mewiring rumah aku. Lantak laa.. Depa pun dah matured. Pikiaq sendiri la tanggungjawab dengan Allah.. Masa terus berganjak sehingga jam DKNY aku (nak habaq Mama bagi hadiah besday yg ke-18. ha3) menunjukkan ke angka 8.15 malam. Aishh... Semakin galak depa wat reja. Tengah dok ek ok ngan Mama.., Baba terjengoi. "Lalai". Tu ja Baba kata. Aku taw.. Maksud mendalam tu. Baba style yg susah nak komplen, tapi kalaw sekali dia komplen.., glupp!! Ingat sampai mati.. Hehe. Memang la kita cari rezeki..., nak sara hidup. Tapi kalaw jadi macam situasi depa.., macam mana pulak hukum?? Tepuk dada, tanya iman... ukan niat aku nak aibkan depa.., tapi aku harap hidayah Allah sampai kat depa. e2 doa aku..
Pesan Baba>>1- Jangan tinggal semayang; Kalut kejaq dunia pun.., dah masuk waktu semayang.., semayang!!
2- Lalai tu punca zaman sekarang macam2 benda x logik dek akal berlaku
No comments:
Post a Comment