"Bayarlah gajinya sebelum kering keringatnya..."
Kudratnya melebihi tubuh badan yang kecil molek.. Dia bekerja tanpa henti selama 7 jam. Sedangkan aku?? 4 jam menolong Mama ngan Baba.., dah tiarap perlukan rehat. Rehat aku semestinya tidur di atas katil yang empuk dan juga bantal yang membelai kepala saat mimpi bertandang dalam tidur.. Heheh. Bila aku terjaga daripada tidur.., aku ke ruang tamu. Pejam celik, pejam celik mataku melihat ruang tamu. Macam x percaya jaa.. Wow!! Kemas tersusun rapi. Lantai yang sebelum itu agak berhabuk dan berminyak.., kini bertukar wajah. Berkilat beb!! Sehingga muncul bintang yang bersinar. (Haha. Aku gurau ja laa.) Tapi serius.., memang nampak perbezaannya yang ketara. Dia bekerja macam robot.. (bagi aku laa). X henti-henti. Dalam kepala otakku pula....., "Dia ni x reti penat ka..??" Sliding door rumah aku pula..., dah la keliling rumah. Dengan terik mentari yang sentiasa menikam jasad.., boleh pitam dibuatnya. Tapi dia... Meneruskan perjuangan mengelap pintu sliding."X apa.. Anginnya ada..". Eh, angin yang menampar aku ketika itu yang turut berada di luar rumah hanya terasa sedikit sahaja. Angin sebegitu bukan untuk menyejukkan tubuh.. Tapi sekadar mahu mengusik seketika dan hilang berlalu pergi. Mungkin kesusahan yang terpaksa dihadapinya di sana mengajar dirinya erti hidup yang sangat mendalam.. Setakat panas yang terik itu.., apalah sangat.. Huh?! Apalah sangat??? Masa dia dalam proses mengelap.., aku pula sedang mengecat pasu Mama. Aku juga berada di bawah terik mentari.. Ya Allah.. Walaupun cahaya ciptaan Yang Maha Berkuasa itu hanya terkena sebahagian tanganku (sebab aku berlindung bawah porch).., rasanya sangat hebat. Seolah-olah mahu terbakar. Mungkin juga boleh jadi santapan yang diberi nama "tangan hitam rentung special" sebagai juadah ketika berbuka puasa. Dia laksanakan tugas dengan baik.., sangat baik.. Tapi upah yang dipintanya..., x setimpal dengan kudrat tenaganya.. Aku sangat tersentuh hati.. Kalau aku jadi dirinya, aku menginginkan upah yang tinggi.. Sebab bagi aku.., setiap pekerjaan yang kita lakukan, sebagai balasannya mestilah yang boleh memanjakan diri. Ya.., memang tenaga dapat dicharge semula. Tapi.. Entahlah. Sukar untuk aku ungkapkan. Hanya not yang biasanya kelihatan dalam dompetku sebagai upahnya, apalah sangat nilainya.. Mungkin limpahan kesenangan berbaur wang ringgit yang Mama berikan dan Baba sogokkan membuat aku terlupa seketika dengan kesusahan yang ditanggung orang lain. Tapi dia boleh berkata.. "Eh, banyak sangat ni." Banyak?? Termangu aku mendengar butir bicaranya yang penuh pelat itu. Aku insaf dan hati keras aku tersentuh lagi... Detik itu, aku belajar sesuatu daripada dirinya.. Kesusahan hidup mengajarnya erti x pernah mengenal apa itu penat.
No comments:
Post a Comment