Tuesday, October 27, 2009

Here Come New Semester...

lama dah x jengoi kat blog.. kangen3. hehe. x nyempat nak update sbb skang aku dah start bz.. sem baru katakan. tapi sem lepas hampeh.. pointer aku down teruk.. mama kata.., "belajaq apa x sampai 3 pointer?" hadoi... tekanan aku. mana x jatuh.. ngan RAJIN skip kelas, RAJIN stadoq. So.., i'm deserved this.. tapi sem niyh kena tebus balik punya. cover balik. nothing impossible in this world.. azam baru dah tertanam. tunggu nak merealisasikan. cerita lama, buku lama, off la kan...??
-END-

Tuesday, October 20, 2009

How Can I Say Towards This..??

bukan aku nak prejudis terhadap kaum Baba aku sendiri. jasa yang kaum ini taburkan sangat banyak. tapi aku kesal ketika mendengar realiti cerita kehidupan yang secara x sengaja aku dengari. memanglah x elok aku curi dengar. HAL ORANG DEWASA. tapi aku sudah 19 tahun. x lama lagi aku akan menginjak ke angka 20 tahun. dan aku rasa aku bukan lagi anak2 kecil yang buta untuk menilai kehidupan. cuma akan dikategorikan sebagai kurang pengalaman hidup.

yes!! men have green light to have 4 wives. tu kelebihan depa dari sudut agama Islam. yang tu memang x bleyh ditentang, disangkal, diubah sama sekali. undang2 Allah. tapi yang aku heran.., lelaki suka berahsia dengan niat depa yang nak kawen banyak tuh.. taw2, depa dah kawen dengan isteri baru. ape kes niyh..??

aku bukan nak bantah, tapi aku ada terbaca majalah nur mengatakan "percayalah... lumrah wanita, mereka serahkan seluruh jiwa raga apabila bergelar isteri." sekurang-kurangnya wahai lelaki..., nyatakan hasrat untuk berkahwin lain. memang akan hancur luluh hati sang isteri tapi setidak-tidaknya hati dia x akan hancur luluh bersepai... daripada lelaki yang telah menipu isterinya. mungkin bertahun2 si isteri x taw suami tercinta telah berkahwin lagi. pernahkah lelaki2 ni fikir.. mereka menipu orang yang dicintai..?? orang yang dicinta beb! bukan orang asing yang x pernah dikenali...
-TUTUP CERITA-

Saturday, October 17, 2009

Rumitnya Bergelar Seorang Lelaki

Saat menonton televisyen yang menayangkan babak hati seorang lelaki, aku terbayang wajah Baba. Redup pandangan matanya.. Manis senyumannya sebagai suami dan bapa kepada anaknya. Wajah tenang dirinya menghiasi tubir mataku.. Ya.., mungkin aku x nampak kasih sayang yang dihulurkannya seperti Mama... Tapi aku dapat merasai penangan kasih sayangnya.. Kemudian aku terfikir.. Rumit rupanya menjadi lelaki niyh..

1- Dia perlu menjadi kapten kapal yang sangat hebat dalam menangani lautan gelora rumah tangga.

2- Dia tersepit di antara isteri yang dicintainya dan ibunya yang dikasihi.

3- Dia perlu mencari nafkah untuk keluarganya; menyediakan keperluan dengan sempurna. Semakin ramai bilangan ahli keluarga, tanggungjawab yang digalasnya semakin besar.

4- Dia perlu memastikan keselamatan ahli2 keluarganya selamat semasa memandu. Nyawa mereka berada di tangannya.

5- Yang paling berat untuk dia menjaganya..., anak isterinya sebagai amanah Allah.


Wednesday, October 14, 2009

missed u

he never stop interrupting me.
he never gave up when i joked him too much.
he just said "never mind.."
always with his 'dry' behave.

how much You gave him patience, Ya Allah..??
sometimes...,
i think he is too patient.
why just you go and find another?
the answer...
just HE knew..
but i don't want to be like human words,
"perasan gila minah niyh"

what can i say..,
i love him so much..
i can't deny it anymore.
only myself can feel the heart beat
how fast it was beating
may Allah blessed us..
Aamin..

i have lots of time
guide me, ya Allah..
if he is my future,
my destiny,
my perfection,
that You mentioned in Luh Mahfuz..

i missed you..
aku bleyh weng taw kalaw hg x dak
thanks for everything..

-END-

Tuesday, October 13, 2009

aku x taw rupanya...

Hidup ni mmg complicated. Unpredictable dalam bahasa arabnya.. Hehe. Kadang2 kita ada bakat or minat yg x disedari. Cuma x diekspresikan secara praktikal ja. Cakap senang.. Meh aku buktikan.

I LOVE DRAWING
aku x penah notice aku terer la jugak dalam bidang niyh.. bukan nak perasan.., tapi aku sedaq yg aku ada gak bakat dalam lukis niyh tym aku darjah 2. aku lukis gmbaq salah satu character lam anak2 sidek. adul. perfectly.. mmg cun.. aku cakap cun sebab ada sorang pengawas jaga kls aku cakap. "sape lukis nih? cantik" tym uu cikgu aku da mesyuarat. huhu. tapi.., bab lukis potret orang, aku mmg out. surrender. ha3.

I LOVE ENGLISH LANGUAGE
aku mula start fall in love ngan bi masa aku darjah 5. tu pun disedari setelah sekian lama aku reja dok teriak belajaq bi. aku ingat lagi.., tym aku standard 1.., kalaw ada subjek bi.., aku cukup susah hati. sebab x paham. pas uu.., teyak laa.. waaaaaa.. kalaw ada homework bi lagi laa.. teriak ditambah dengan meraung. siap x maw p sekolah. jenoh jugak mak aku pening. hehe. ampun mama...

I LOVE BASKETBALL
walawpun aku x taw langsung rules basketball.., tapi aku enjoy kalaw tgk NBA. dulu2 kan ada kartun slam dunk. aku x penah missed ah. cuma bila dah naik form 1 aku tinggai sbb aku dok asrama. skill lontaran ngan taktik player tu macam 1 kepuasan kat aku bila aku tengok. (ditambah dengan kekacakan kaede rokawa.. fuiyoo lagi best aku tengok. ha3). tambah2 kalaw depa kutip jaringan 3 mata. pergh.. haa.. kat 8tv dulu2 kan ada game basketball dari 10.00 a.m sampai 12.00 p.m. tym tu mmg aku habaq dah kat mama. jangan kacau aku nak tgk tv. hehe. pasukan hat aku suka mesti aa houston rockets. tracy mc grady mmg vogue habeyh.. satu g yang aku suka pasai basketball.., kita kena lantunkan bola. bunyi dia amazing beb....

I LOVE HANDBALL
rupa2nya.., aku ada bakat men handball.. hehe. alhamdulillah.. skill aku jadi wall ja. nak buh gol mmg aku x terer. x penah lepaih tym training. heheh. tapi kalaw bab sekat org.., "ade kelasssss," kata ikmal syurga cinta. mwahaha. nak wat cna.. tangan pengkaq kalaw buh gol. maybe 2 out of 10 ja kalaw gol pown. 1st year kami main.., we lose.. 4th place laa.. naik 2nd year.., haha.. kami tawan juara kota setaq. 4-0. tu pun tahap player lawan hentam paha ngan pinggang aku laa.. mengeliat jugak aa tahan sakit. (aku jersi no 7. hehe. kira sama ngan cristiano ronaldo ahh.. aku x tiru dia.., dia yg tiru aku.)

I LOVE JOGGING
bagilah trek berapa km pown.., insyaAllah aku bleyh habehkan.. cepat atau lambat ja. tapi kalaw suruh aku sprint.., mintak maap mintak ampun. aku letak jawatan awai2 g. hehe. aku bukanlah juara pecut cm kinah, kiah, ijah. huhu.

I LOVE READING
absolutely aku suka baca. baca ja la apa pown.. minat baca ni kui mendalam bila aku dah gila novel. baca tahap x ingat dunia keliling aku. tya la apa pun tym aku tengah feeling. confirm!! x dak respon langsung. hehe. jenoh marah pupu aku amie ngan dak bilik aku. ampun.. aku sanggup abehkan duit semata2 nak li novel, majalah, or komiks. jenoh telinga aku tahan ngan leteran mama. nak wat cna? aku suka. tapi skg aku dah stop aktiviti beli novel semua tuh. cuma rajin kidnap majalah pupu2 aku. heheh.

I LOVE CLASSIC STORIES
cerita klasik... yg p. ramlee, a.r tompel, aziz satar, sudin blakon.. best aa. hehe. tengok p la banyak kali pun.., aku x boring. ngan lawak x ketahuan depa, it's very interesting. haha. rupanya aku pencinta cerita2 lma... x taw la plak. wahaha.

BALD GUY??
haha. it's very unexpected okay.. aku mmg minat abes kat vin diesel. aura botak dia..., ngan semua filem dia hat lasak abes.. pergh... layan. heheh. xXx, vin the pacifier.., seronok. tgk banyak kali x boring beb.. chris daughtry.. glamer dengan lagu over you ngan it's not over. layannn... sorang g michael rosenbaum. lex luthor laa.. yg lam cita smallville.. sat macam baik, sat macam jahat. hmm.. depa laa bald guy yg aku suka. haha. so? sapa kata botak x dak peminat yg tersendiri..?? huhu.


vin diesel

chris daughtry

lex luthor a.k.a michael rosenbaum

aku rasa la kan.., based apa yg aku tuliyh niyh, apa kata korang check balik?? akan ada 1 benda yang korang suka or minat tanpa korang sedari sebenaqnya dah lama bertapak dalam jiwa..

p/s: apit, kawan hg ada lam blog aku laa..

Sunday, October 4, 2009

HATI SEORANG ISTERI

Ikatan tali lehernya dilonggarkan kemudian menumbuk2 bahu kiri yang terasa sengal kerana terlalu lama menghadap notebook di pejabat tadi. Tubuh yang kurang bermaya itu dihempaskan di atas tilam yang empuk. Sambil mengerling ke kiri kanan kamar yang lengang itu..,

"Eh buku apa pulak tu??" Tertarik minatnya untuk membongkarkan isi buku berkulit hitam di atas almari sisi yang berketinggian sederhana di sebelah kanan. Dibelek2 seketika sehingga jatuh sehelai kertas melayang ke atas ribanya. Dia mengambil lalu pancaindera memulakan pembacaan..

Aku pandang keikhlasan dirinya..
Sebab keikhlasan itu.., dapatlah aku membina mahligai idaman bersama seorang lelaki yang aku sayangi, aku kasihi, dan aku cintai sehingga akhir hayatku..

Aku pandang sifatnya..
Sebab sifat mahmudah yang ditunjukkan dapat mengubah aku menjadi isteri solehahnya. Mana kekurangan diri suamiku.., aku terima seadanya kerana x ada seorang pun manusia di muka bumi Allah ini sempurna sifatnya.

Aku pandang hati..
Sebab hati suamiku x akan sama sekali dapat berbohong seperti mana lidahnya menafikan sinar kejujuran. Biarlah dia tewas kategori handsome paras rupa, tetapi ranking pertama hati yang sentiasa handsome..

Aku x pandang hartanya..
Sebab duit x bleyh beli kebahagiaan. Ya.., memang aku seronok kalaw suami aku beli BMW 7 series.., tapi seorang perempuan bukan hendak disayangi dengan wang ringgit. Tapi.., sekiranya dia berharta.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur. Tapi jangan kau lalaikan kami dengan nikmat dunia itu..

Aku x pandang rupanya..
Sebab aku x mahu rumahtangga yang aku bina berantakan gara2 cemburu dan prasangka tanpa wujudnya kepercayaan terhadap suamiku.. Cukuplah sekadar yang manis aku pandang.. Yang dapat berkongsi segalanya dengan diriku..

Semoga setiaku.., kejujuranku, dan segalanya yang aku lakukan demi suamiku.., diredhai oleh-MU ya Allah.. Sedarkanlah diriku andai aku mencalarkan hati suamiku. Semoga aku diberi kemaafan atas keterlanjuranku terhadap dirinya. Sesungguhnya.., aku mahu berdampingan dengan suamiku di akhirat kelak. Aamin... Ya Rabbal 'Aalamin..

Dia memasukkan kembali kertas bertinta biru itu di celah2 buku tersebut. Lantas meletakkan buku berkulit hitam itu ke tempat asalnya.

"Kalau aku x balik awal macam hari ni.., mungkin sampai sekarang aku x dapat membaca rasa hati isteri aku yang tersirat.."

"Mana sayang aku nih..?? Lambat lagi ke dia nak balik rumah..??"

Segera dikerling jam di tangannya. 4.30 petang. Bermakna lagi 30 minit baki masa bekerja isterinya. Sabarlah hati.. Kejap lagi isteri kau balik. Semoga dia selamat sampai ke rumah. Aamin..

**************************************************

Saturday, October 3, 2009

The Way They Treat Us

Mama, Mother, Mummy, Mum, Mak, Ibu, Ummi is just a call that we can categorize them as THE BEST GIFT we ever had. Even she babbling.., the love towards her never die but as a result, deeper day-to-day. It is the power and evidences that mother conquer the love. Once she gone....., we lost the prettiest diamond in our life. Can you imagine..?? I can't.. May Allah bless my Mama and all woman that shoulder 'mother' title. InsyaAllah.. Aamin...

Semalam aku balik rumah Tok kat Kokdeng.. Reja gelak ja ngan pupu aku (Amie). Kami terimbau kenangan dulu2 saat baru meniti untuk mengenal kehidupan. Seolah2 mengejek kembali perbuatan Mama dan Lang (Mak Amie) ketika marahkan kami kecil dahulu. Hehe. Nakal betul kami.. Tapi, perbuatan kami hanya disambut dengan senyuman oleh mereka. Aku dengan Amie pula..., ketawa sampai nak pecah perut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

** Dulu merujuk kepada zaman aku ngan Amie tym kecik2. Sekarang menunjukkan kontranya mereka melayan cucu2 dengan situasi dulu.

SITUASI 1:
Rumah Tok rumah kayu. So.., kalaw berlari bagaikan angin kencang... peti ais pun nak t'balik.

Mama & Lang DULU:
"Orang kata jangan Lari!! Sat gi kat akhirat isok rumah ni himpit hampa sampai selisih tulang rusuk."

Mama & Lang SEKARANG:
"Jangan lari... Sat gi jatuh." (nak lari sampai runtuh rumah pun x paa... jangan jatuh ja. hehe)

SITUASI 2:
Tym makan. Aku kalaw makan.., memang excited sampai skang niyh. Haha. Tapi.., mestila budaya jangan membazir tu diterapkan. Sampai skang aku ingat kata2 keramat tu..

Mama & Lang DULU:
"Makan nasik tu bagi habeyh.. Sat lagi dia teriak kita x makan dia"

Mama & Lang SEKARANG:
"Haa.. Tinggai nasik hat x habeyh tu. P basuh tangan kat dapoq.." (Aik??!! Cna niyh? Confuse3)

SITUASI 3:
Kalaw p rumah tok.., memang petang2 kami akan minum petang. Macam jadi wajib plak. Ayaq pilihan mesti la ayaq teh hat panas meluap2 tuh..

Mama & Lang DULU:
"Orang kata dah! Ayaq tu panaih.. Nak minum jugak!!) Pap!! (bunyi kena tampaq. adehh)

Mama & Lang SEKARANG:

"Tu dia la.. Tok kata panaih..." (lalu memujuk cucu mereka yang tengah reyau sbb mulut pedih)

Mereka menjadi ibu.., tegas kami rasakan. Tapi.., kasih sayang mereka dapat dirasai.. Adil dan saksama. Tanpa rasa tidak berat sebelah kasih itu.. Tapi kalaw dengan cucu.., lembut sangat melayan permata hati itu.

p/s: Tapi aku percaya.., tok mana pun.., pasti akan menangkan cucu depa. Hehe.. Betul x??