Saturday, October 17, 2009

Rumitnya Bergelar Seorang Lelaki

Saat menonton televisyen yang menayangkan babak hati seorang lelaki, aku terbayang wajah Baba. Redup pandangan matanya.. Manis senyumannya sebagai suami dan bapa kepada anaknya. Wajah tenang dirinya menghiasi tubir mataku.. Ya.., mungkin aku x nampak kasih sayang yang dihulurkannya seperti Mama... Tapi aku dapat merasai penangan kasih sayangnya.. Kemudian aku terfikir.. Rumit rupanya menjadi lelaki niyh..

1- Dia perlu menjadi kapten kapal yang sangat hebat dalam menangani lautan gelora rumah tangga.

2- Dia tersepit di antara isteri yang dicintainya dan ibunya yang dikasihi.

3- Dia perlu mencari nafkah untuk keluarganya; menyediakan keperluan dengan sempurna. Semakin ramai bilangan ahli keluarga, tanggungjawab yang digalasnya semakin besar.

4- Dia perlu memastikan keselamatan ahli2 keluarganya selamat semasa memandu. Nyawa mereka berada di tangannya.

5- Yang paling berat untuk dia menjaganya..., anak isterinya sebagai amanah Allah.


No comments:

Post a Comment