Sunday, October 4, 2009

HATI SEORANG ISTERI

Ikatan tali lehernya dilonggarkan kemudian menumbuk2 bahu kiri yang terasa sengal kerana terlalu lama menghadap notebook di pejabat tadi. Tubuh yang kurang bermaya itu dihempaskan di atas tilam yang empuk. Sambil mengerling ke kiri kanan kamar yang lengang itu..,

"Eh buku apa pulak tu??" Tertarik minatnya untuk membongkarkan isi buku berkulit hitam di atas almari sisi yang berketinggian sederhana di sebelah kanan. Dibelek2 seketika sehingga jatuh sehelai kertas melayang ke atas ribanya. Dia mengambil lalu pancaindera memulakan pembacaan..

Aku pandang keikhlasan dirinya..
Sebab keikhlasan itu.., dapatlah aku membina mahligai idaman bersama seorang lelaki yang aku sayangi, aku kasihi, dan aku cintai sehingga akhir hayatku..

Aku pandang sifatnya..
Sebab sifat mahmudah yang ditunjukkan dapat mengubah aku menjadi isteri solehahnya. Mana kekurangan diri suamiku.., aku terima seadanya kerana x ada seorang pun manusia di muka bumi Allah ini sempurna sifatnya.

Aku pandang hati..
Sebab hati suamiku x akan sama sekali dapat berbohong seperti mana lidahnya menafikan sinar kejujuran. Biarlah dia tewas kategori handsome paras rupa, tetapi ranking pertama hati yang sentiasa handsome..

Aku x pandang hartanya..
Sebab duit x bleyh beli kebahagiaan. Ya.., memang aku seronok kalaw suami aku beli BMW 7 series.., tapi seorang perempuan bukan hendak disayangi dengan wang ringgit. Tapi.., sekiranya dia berharta.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur. Tapi jangan kau lalaikan kami dengan nikmat dunia itu..

Aku x pandang rupanya..
Sebab aku x mahu rumahtangga yang aku bina berantakan gara2 cemburu dan prasangka tanpa wujudnya kepercayaan terhadap suamiku.. Cukuplah sekadar yang manis aku pandang.. Yang dapat berkongsi segalanya dengan diriku..

Semoga setiaku.., kejujuranku, dan segalanya yang aku lakukan demi suamiku.., diredhai oleh-MU ya Allah.. Sedarkanlah diriku andai aku mencalarkan hati suamiku. Semoga aku diberi kemaafan atas keterlanjuranku terhadap dirinya. Sesungguhnya.., aku mahu berdampingan dengan suamiku di akhirat kelak. Aamin... Ya Rabbal 'Aalamin..

Dia memasukkan kembali kertas bertinta biru itu di celah2 buku tersebut. Lantas meletakkan buku berkulit hitam itu ke tempat asalnya.

"Kalau aku x balik awal macam hari ni.., mungkin sampai sekarang aku x dapat membaca rasa hati isteri aku yang tersirat.."

"Mana sayang aku nih..?? Lambat lagi ke dia nak balik rumah..??"

Segera dikerling jam di tangannya. 4.30 petang. Bermakna lagi 30 minit baki masa bekerja isterinya. Sabarlah hati.. Kejap lagi isteri kau balik. Semoga dia selamat sampai ke rumah. Aamin..

**************************************************

No comments:

Post a Comment