Salam.. Cerita kali ni apa plak eh? Hmm.. Aku telah di tag oleh Pujah. Ni permainan apa plak.. Aku pun x taw. Tapi macam best ja. Hehe. Jom kita baca arahan beliau:
"You are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal. At the end choose 25 people to be tagged. If i tag you, its because I want to know about you."
SEJARAH YANG X DIREKA-REKA
1) Nama aku campoq nama Baba tolak perkataan binti hanya ada 11 huruf. MUNIRAH AZMI. Sangat senang untuk bakal suami aku sebut masa lafaz ijab dan kabul. Ha3.
2) Common people akan panggey aku Munirah, majoriti panggey aku Munie, nama baru lepas masuk Kuis adalah Moon, dan hanya ada seorang sahaja yang panggey aku Irah.
3) Sangat susah untuk tengok aku pakai baju kurung or kain kerana aku lagi prefer seluaq. Alasan lapuk aku kat Mama: Kalaw jadi pa2 senang nak lari (atenyerrr).
4) Aku x kan penah boring kalaw hari2 ngadap tomyam. My favourite tuuu. Nyummy2.
5) Mbe2 guys ada yang panggil aku bro. Adakah depa lupa aku sebenaqnya sis..?? Erkk. X kisah aa. Asai depa ingat gak kat aku. Hehe.
6) Ke mana-mana cerok dunia pun, aku sentiasa setia dengan bahasa kebangsaan aku, iaitu bahasa Kedah. Tahap pekat tu x pernah berubah. Wawawa.
7) Aku x penah ada teddy bear. Sapa nak bagi.., silakan. Terima kasih banyak2. Hehe.
8) Lelaki yang wujud dalam hidup aku dpd kecik hanyalah Baba, ayah2 sedara aku, dan sepupu2 aku.
FAKTA YANG BUKAN AUTA
9) Boyish lagi banyak dpd girlish. Apa nak jadi dengan anak Pn. Roshidah dan En. Azmi??
10) Aku rancang nak kawen antara 24-26 tahun. Calon senarai pendek: Choi Siwon. Alamat kna makan pelempang ngan Mama ngan Baba aku. Wargh3
11) Pelikkah kalaw perempuan minat bola? Semestinya tidak sebab aku suka layan football ngan basketball. Fantastic damn thing bebeh...
12) Aku yang orang lihat adalah berbeza dengan aku yang orang kenai. Oleh e2, jangan tuduh aku kerek terlebih dahulu.
13) Rasa-rasanya la kan, kalaw aku susun balik novel-novel yang aku beli, bleyh bukak library awam. Sejam singgit. Haha.
14) Aku nak ajak husband aku teman aku tengok bola live kat stadium. Pleash...
15) Benda wajib beli kalaw masuk KFC, cheezy wedges. X pernah muak untuk makan.
16) Sangat susah untuk percaya kat orang lain. Bila aku percayakan kalian.., it's mean welcome to my life *=)
17) Aku suka kucing. Kalaw tidak x dak laa parut kat bawah mata kiri. Hehe.
18) Aku paling suka lagu ngan tarian geng Super Junior hat Sorry, Sorry ngan Bonamana. Member SJ favourite aku Choi Siwon, Lee Donghae, Eunhyuk, ngan Cho Kyuhyun.
19) Wat reja last minute adalah tabiat hat x bleyh nak dihindarkan. Munirah..., bila nak berubah..?? Haih.
20) Aku x pandai langsung men bowling melainkan dalam game. Haha. Dan aku berhasrat nak bungee jumping. Apa perasaan tym jatuh dpd tempat tinggi eh? Pergh. Mesti best!!
SASARAN YANG X BLEYH TERSASAR
21) Ni matlamat utama aku sekarang. Aku nak masuk U. Bila aku tengok mbe2 aku skg dah degree, ketahuilah bahawa aku jeles dengan hampa. Doakan kat aku sama. Aamin..
22) Tahun depan. Sebaik saja aku masuk 21 taun, aku berazam nak tinggaikan tabiat hat suka pakai seluaq. P mana2, aku nak pakai baju kurung or blaus ngan skirt. Agak janggal dengan azam sendiri. Hahahaahahahahhahahah.
23) Bleyh x abang bawak sayang honeymoon dekat Paris..?? Sayang nak sangat feel kat bawah Eiffel Tower.
24) Sangat frust bila impian aku nak ambik TESL kat Jerman x tercapai. Therefore, aku akan pastikan master ngan PhD aku tunaikan. X cepat, lambat. Bleyh aku further study ngan husband aku sekali. Tambahkanlah keazaman kami..
25) Rezeki-MU luas terbentang. Aku nak tunaikan Rukun Islam yang terakhir. Semoga impian untuk memiliki kekayaan dunia dan akhirat dimakbulkan oleh-MU. Aamin..
Bila dah tulih 25 perkara, aku rasa macam x cukup la plak.. Bleyh tambah dak Pujah? Hehe.
p/s: Sapa impian dia nak sama ngan aku.., TOLONG letak footnote aa. Hahahahaa. *;P
Sekian, terima kasih.
-munirah azmi