Friday, December 31, 2010

SPECIAL HOLIDAY

Yey!! Cuti yang bagi peluang aku lepak kat bumi Kedah kerana bola telah menang. Tahniah (lagi sekali) kat Malaysia sebab menang dengan agregat 4-2 walawpun kalah masa lawan kat Indonesia.

Hmm.. Aku sampai kui 3 pagi tadi. Ouchh!! Sangat bahagia bila leh tengok bendang. A a a a a. Tahniah kat bus Durian Burung sebab cushion yang enak dan empuk sehingga aku lebih banyak tidoq dpd bjaga masa otw lik cni. Hehe.

X dak pa nak cita. Sekadar mengupdate (^_^) dan mencewi aku ada kat KEDAH.. Lalalala~~

di jelapang padi,
-munirah azmi

Thursday, December 30, 2010

Pecutan Watson Nyambek

Iklan 1: Tahniah Malaysia menang agregat 4-2 walawpun malam tadi kalah kat Indonesia.

Iklan 2: Selamat bercuti kepada seluruh rakyat Malaysia pada esok hari. (^_^)

Unexpected!! Jap g aku nak chow dpd bumi Kuis. Memecut mencari latar belakang sawah padi. Hehe. Gila aa wey. Aku x pnah wat perangai nekad cni. Ni bermakna aku skip kelas b.i ngan kelaih Mirath malam ni. Astaghfirullah....

Madam Fatimah, I'm sorry did not attend your class. I promised this never happened again.

Ustaz Zainuddin, saya mintak maaf malam ni x masuk kelas ustaz. Tapi saya janji subjek ustaz saya akan bagi dapat A.

Ketahuilah bahawa skg aku rasa rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat kat Mama ngan Baba. Lepaih Mama ngan Baba accident hari tu, ni la baru 1st tym aku nak balik tengok depa. Adakah aku kuat untuk lihat parut di pipi Mama? Huhhhh.. Aku pun x taw.. Harap aku kuat bila sampai t. Doakan aku. Aamin...

p/s: ni aku tengah tunggu Huda CEO. haih.

tata kuis,
-moon azmi

Wednesday, December 29, 2010

S

Minggu lepaih aku p mah Chaq ngan Mamat. Tapi aku sampai dolu. Heheh. Walawpun minggu ni bderet mid exam. Lantak. Aku kna p ambik Muzakarah Haji kat Mamat. By hook or by crook memang kna p mah Chaq. Mamat warning awai g. Lau dia p, aku x p, jangan harap dia nak tinggai muzakarah kat mah Chaq.. X aciiiii....

(tkeluaq tajuk sat)
Disebabkan kami penah layan cita My GF is a Gumiho, so bila henpon bunyi pon pakai OST cita tu la. Hehe. Then yang paling aku terfanatik bila jumpa Mamat, style rambut dia.

"Mamattttttt.... Rambut hang macam No Min Woo.. Aaaaaa... Suka3."

Haih. Sep bek dia sepupu aku. Lau dak maw jatuh chenta dah. Haha. Ya la. Set2 rambut panjang kot tepi (tu pasai aku kata dia gila2 kat post sebelum ni). No Min Woo ada lesung pipit dua2 belah pipi. Mamat pun ada lesung pipit. Tapi sebelah ja. Dah iras2. Kekekekekekeke. Ok la b.. Canyon jadi Bell, hang jadi No Min Woo Mesia. Hahahahahaha.

------------------HABEYH-------------------

Walawpun buku untuk mid-term aku bawak tym p mah Chaq.., aku x belek langsung. Hehe. X pa la.. Kurang2 semangat ada. Ngeee... Then bleyh la plak dok wat gila. Hari Sabtu tu kami kuaq p Sogo. Wey, dah la minggu sebelum tu aku p merata dah. TAR, Lowyat, ngan TS. Serabut tui! Tapi p jugak.. Beda2 lepas tension.. Duit bleyh dicari. Tengkorak hg la Munirah oiii.. Hehe.

Ingat nak p TS (ya laa.. untung2 bleyh jumpak pengarang jantung hati Seha sebab depa p dating kat c2. wiwiwiwiwi). Bila aku tya Mamat dia nak li apa. Dia kata kemeja. Aku x dak benda nak li. Tapi lau jumpa kasut aku nak rembat gak sebab kasut p kuliah ada 1 ja. Nak gak tukaq2 kasut. Haih. Kalaw p TS... Bila sampai Masjid Jamek nak kna tukaq tren. Then nak kna jalan g bila sampai Hang Tuah. Owh no!!! X kuasa nak bjalan. Ongkos pun mesti lebiyh sket. Pheww~~. So kami conclude x dak kepentingan p TS. Then Sogo pun menjadi pilihan.

Orang? X yah cita la.. Crowded bagan. Tapi majoriti family ramai la p Sogo. YES la katakan.. Yes? Apa yes? Adoiii la.. Year End Sales.. Tahap 70%. Wuuuuuiiii... Seronok. Akhirnya dapat gak aku beli kasut. Haha. Actually aku dok attack lama dah kasut tu. Telan ayaq lioq 2 3 kali. Last kali aku rembat gak. Hahahahahahhaa. Aku still nak cewi kat hampa. Kikikikikiki.


pandangan depan. hahahahahha

pandangan sisi dan belakang

Kalaw hampa perasan la... Agak2 hampa sebab apa tajuk entri aku letak huruf S ja? Hahahahaahhaa <-- devil laugh. Cuba tengok belakang kasut baru aku (yang still ada bau kedai). Ada hurup S. S stands for SIWON-sshi.. Akakakakakakakaka. *=P Tu ja motif utama aku nak habaq. Jangan marahhhhhhhhhh.. Hehe.

Mamat pun jumpa gak la kemeja dia. Hehe. Kira puaih hati la. Then blurr x taw nak p mana. Dok lepak dulu. Sakit pinggang kot!!


Sep bek ada henset canggih Mamat. Ada gak pic aku muncul kat blog seniri. Hehehehehe.

Then x tunggu lama. Chow aa. Eh!! Pasar malam. Beli la 2 bijik kek coklat kat anak2 buah kat umah yang x bleyh ikut Cu ngan Pak Ngah. Hehe.

Journey End.. Balik2 semayang, makan. Hah! Nikmat gila belasah nasik tym perut tengah keroncong nak mampuih. Masa p pasar malam tu lapik perut makan nugget ja. Hehe.

novelis cerita sendiri,
-munirah azmi

Tuesday, December 28, 2010

The Woman Who Want To Get Married

Salam baby blog... (sambil dengaq lagu Who Am I yang dinyanyikan oleh CHOI SIWON. lalalala~~)

Kali ni aku nak cita pasai cita Korea. Besa laa. Demam Korea x kebah2 lagi. Haru tui.. Oceyy. Hari ni aku kembali jadi pengkritik. Besa laa. Orang bulan 1 memang suka mengkritik. Oppss!!

Ok2. Aku dah habeyh tengok dah lama dah.. Cuma malas nak post ja. Baru hari ni aku terdetik nak share ngan hampa. Maybe ni drama last yang aku tengok bagi tahun 2010. Sebab buat masa skg aku x berasa g nak tengok cita lain. Feel x sampai. Hehe.

Tajuk drama ni seperti tajuk entry la. Huh? Tlupa tajuk? Okey.. Aku ulang. The Woman Who Want To Get Married. Cita ni tahun ni punya jugak. Ni pun aku ambik kat Syida. Huhu.

Tema utama dia berkisar tentang kehidupan wanita2 yang berusia 30 tahun ke atas. Senang cerita spinster laa. Bila aku tengok, rasa macam kita menelusuri kehidupan depa yang x berteman. Lonely.. Cerita dia konflik banyak gila. Apa yang best? Genre romantik sangat banyak. Awwww... Ni semua Ha Min Jae punya pasai.

Casting dia ramai. Tapi major hat selalu dok nampak muka lam cerita ada 6 orang. Pengurus restoran yang jugak interior designer, translator, wartawan, pilot, doktor, student yang jugak artis. Disebabkan banyak ngat hero ngan heroin, aku ingat sepasang ja main couple. Jeng3.....

Ha Min Jae & Lee Shin Young

Real name depa aku x taw kecuali Min Jae sorang ja. Haha. *=P. Nama dia Kim Bum. Hat len x dapat dikesan. Hampa cari sendiri la. He. Kim Bum pun aku x taw. Nama dia secara kebetulan ja aku tjumpa tang mana x taw. Sori laa no.

Emmm.. Love story depa yang paling best sebab beza umoq Min Jae ngan Shin Young adalah 10 tahun ye.. Aku sangat respect laa pengarah cerita ni pandai menjadikan watak Kim Bum sebagai seorang lelaki yang matang walawpun dia berusia 24 tahun sebenaqnya. Style dia bercinta ngan Shin Young seolah2 depa ni sama umoq. Great plot!! Sampai tahap aku mula laa ngan angan gila aku. Nak kawen dengan laki muda. Hahahahahaha. Memang bling2 aku tengok Min Jae ngorat Shin Young. Ada ka lelaki macam tu..?? Tah. Lam cerita kat TV ja kowt. Hahah.

Scene paling best, Min Jae cipta lagu kat Shin Young. (^_^) Ohh... So sweet..

Da Jung, Shin Young, Boo-Ki

main heroes; Sang Woo, Min Jae, Ban Suk

style 1: gaya rambut hitam.. gila comeyy. sangat terer 'goreng' gitar

masa aku tengok Kim Bum tukaq kaler rambut, wow!! aku terpana. haha. Seha pun kata Min Jae macho tym rambut kaler niyh. heheh

Bila dah habeyh cita niyh.. aku pun selidik aa cam private investigator. Hampa nak taw ak?? Umoq betui Kim Bum niyh 21. Heh. Tua setaun ja dpd aku. Terus x feel. Hahahahaha. Mati2 aku ingat umoq dia antara 24, 25. Ek eleh.. Stres tui.. Hahah. Tu la aku tabik springgggg kat pengarah dia. Berjaya menipu aku umoq sebenaq Kim Bum. Erkkk..

So, dia la favourite hero aku lam cita niyh.. Haishhh. Siwon, Min Woo, Kim Bum... Ah!! Siwon the best. X yah pikiaq.. Kekekekekee. Fan Min Woo ngan Kim Bum jangan kecik ati ngan statement aku na.. Hehe. Peace!!

Ok. Chow~~

-munirah azmi

Monday, December 27, 2010

Al-Hafiz

Salam... First of all, tahniah kat skuad bola sepak negara yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 semalam. Gila crowded tym nek LRT. Tahap rasa aku ngan Kak Maton alien sebab lam 1 gerabak tu berapa kerat ja perempuan. Janggal habeyh.. Tapi aku salute aa. Semangat gila. Ngan yang bawak bendera. Dok bsorak setiap stesen. Hehe. Serious aku x pnah taw semangat bola orang lelaki sampai macam tu. Hehe. Pengalaman laa kiranya balik kolej sama hari ngan orang p sokong bola.

Ok. Habeyh pasai aura bola... Next.....................

Muhammad Azri bin Ahmad dah habeyh hafal 30 juzuk.. Wow!! Excited gila aku. La ni dia tengah refresh balik. Hai... Nampak gila2. Tapi... 'Azim la hg pupu. Best of luck.

Sejak2 'Ammar p Egypt niyh.., kami memang geng la. Aku memang ngam ngan Mamat & 'Ammar. Tapi aku lagi kamceng ngan 'Ammar. Bila tym semester-break, mesti cuti aku ngan Mamat ja yang sama. Last kali tahap boring x taw nak watpa. Hahah.

Kadang2 tpkiaq gak.. Otak cap apa la hg sekoq niyh. Tapi mungkin tu kelebihan hg. Aku salute gila. Yang pasti, pasni kita kna teruskan perjuangan degree plak. Aamin....

p/s: Wey Mamat. Aku rindu kat 'Ammar der.. Nak tunggu bulan 8 taun depan lambat gila aku rasa.. Sob. Sob. Sob. *=,(

chaiyok pupu-chan!!

dari aku,
-munie-

Sunday, December 26, 2010

Sayang..

Dear my lovely lady.. Sorry because i'm late. I didn't mean it bcz I was in Setiawangsa. Btw.., happy belated birthday on last 25th December. Sweet 20th. Still sweet. Oooo yeah..?? Haha. May Allah blessed you always.. I love you sooo much. Thanks for this 7 years. For everything you've done. Can't describe with words.. *=P. When can we see each other..???


MUSLIYANA SALMA MOHD RADZI

saranghae,
munirah azmi (^_^)

Wednesday, December 22, 2010

No Min Woo

Salam.. I nak dating ngan u ni baby... He.

Wey hampa!! Aku tengah wink! wink! *;) niyh. Ingat nk simpa sensorang. Tapi nak cita gak. Haha. Poyo gila. Tapi aku harap x dak sapa jeles na. Hahahahahaha.

Hari tu aku mimpi No Min Woo (pengaruh cita My GF is a Gumiho). Haha. Perghhhhh... Romantik beb!! Dia couple ngan aku. Oh!! No!! X pcaya. X pcaya. Bangun pagi tu aku tkebil2 teringat. Eh. Aku dating dengan sapa eh? Rupa2nya Park Dong Ju. Wooooooooooooo...

Lam mimpi tu kan, aku 1 kelas dengan dia. Aku memang syok abeyh kat dia. (^_^) Tym mimpi tu waktu rehat. Satu hari tu dia discuss ngan salah sorang budak kelas kami. Mesra gila. Haih. X senang duduk aku. Jealous kot. Tapi aku wat cool ja. Ekekeke. Last kali demi nak hilangkan kejelesan yang bersarang di hati sanubari, aku p la nyembang ngan sorang guy lam kelas kami. Siap bleyh gelak2. Tengah dok rancak dia my join kami sembang. Ps uu dia tya aku apatah. Then dia kata kan? yang memang nak tuju kat aku. Aku jawab endah x endah ja. Banyak cantik nak jawab elok2. Aku dah la bkasap tym dia dok discuss tadi. Then aku blahhh p dok tempat aku.

Masa tu musim sejuk. Aku p study kat mana pun x sure. (apa punya mimpi la) Aku duduk la kat tempat aku. "Sejuk aa" tiba2 aku cakap sensorang.

"Sejuk ke?" Eh, bila masa lak No min Woo ikut aku?

"Aah sejuk" Jawab aku.

Then dia pegang tangan aku. Macam 2 jiwa jadi 1!! Macam ni ha...

"Sejuk lagi?"

Aku senyum hat x nampak rupa senyum. Mak aiii... Apahai mamat ni romantik semacam ja ngan aku?

Tsentot aku ngan reflection dia. Oh my!! Adakah aku bermimpi?? Tidak. Tidak. Betui la dia hold tangan aku. His hand fulled of warmth. Pheww~~

Susah nak senyum, seorang yang dingin. Oh. I loikeee.. Apa yang penting...?? Lesung pipit. Oppsss!!

Lama pastu baru aku taw rupa2nya cinta aku kat dia x bertepuk sebelah tangan. Bahagia gila. Hehe. And love begin between MUNIRAH AZMI and NO MIN WOO.

Bangun2 tidoq aku hanya mampu sengih ngan lumberjack. Hahahahahahaha. Aku cita kat Seha ngan Alia.

"Ni mesti mak ayah aku doa aku dapat mamat Korea" aku tsegih2. Waaaaaaaa..

" Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee la Munirah", kata Alia.

"Malas aku layan ko", kata Seha.

Hahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahaha. Gelak hepi ja aku. Love you No min Woo. Choi Siwon jangan jealous. Hahah *;)

this is my No Min Woo *;)

Bila penyakit angau aku my ja kat dia, aku dengaq lagu Trap laa. Kira aku menyelami hati perasaan dia la. A a a a a. Vokal dia mantap. Kira 1st time dengaq lagu tu full version, i'm in love with the song. Mata aku tahap ada bentuk love aa. Ha3.

Andai kata kamu memeluk Islam..., adakah aku yang bertakhta di hati..??

Min Woo-sshi.., domo domo domo domo chu a e.

couple in dreaming,
-munirah azmi

Monday, December 20, 2010

3 Places

Salam baby blog. Sori dah 2 hari x cerita kat u. Wireless x dapat. Tu laa. Sebab hari tu berlagak dok update blog hari2 rasanya. Haih.

Sabtu lepaih kuaq lagi.. Uwaaa.. Habeyh la dit aku. Tapi aku bukan saja2 nak p perabih dit. Masalahnya pakai dit kan? Bukan pakai daun kering. Yaa.. Nak wat cna. (terkonflik dalaman plak dah)

First kali kuaq p Jalan TAR. TAR lagi..?? Ya laa. Kak Maton nak cari baju. So..., kesempatan yang ada aku ngan Seha p lepak Minerva. Novel aa. Lau beli kat c2 dapat diskaun 20% 1 buku. As a result, sep la bajet aku. Hahahahahahaha <<---- devil laugh. 20% tu RM 4.40. Wooo.. Peluang yang ada jangan disia2kan. Rugi kalaw ambik x endah ja. Haha (^_~)

Blah, blah, blahhhh.. Lowyat Plaza lak. Sebab utama kna p adalah kerana kami 3 orang x dak pendrive. Aku bagi kat Mama (anak mithali) yang hari tu punya sebab kat laptop aku x dapat detect. Masalahnya p kat laptop lain bleyh plak dia detect. Haih. Serungaih. Then aku nak li headphone sebab speaker aku dah cm taik dah. Uwaaaa.. Bnanah telinga aku kna perli dek 2 roomate yang x asing lagi. Hehe. Kutuk abeyh laptop aku sebab speaker weng. "Rasa tengok cita bisu lak" Mau rasa nak lempang. Tapi lau on9 laptop aku gak yang hampa pinjam. Ni laptop bukan sebarang laptop aa. Heh!! Seha ngan Kak Maton beli card reader ngan cooler. Pendrive Kingston 4GB RM 23. La ni tengah promotion. Penggila gadjet disarankan untuk p shopping kat Lowyat. Haha.

Destinasi terakhir Times. 1st kali p makan dolu. Perut angin gila. Patutlaa. Kui 4 petang baru nak makan. Then Seha kata pas makan nak lik. Gila apa. My TS tapi x shopping silap besaq aa. Barang2 affordable untuk student macam kita. X mahai, x murah. Sedang2 ja. Hehe. Last kali hat nak balik tu jugak yg rembat handbag. Hahahahaha. Disebabkan minggu ni nak Krismas, memang aura tu rasa gak aa kat kami 3 orang. X caya? Tada.. (^_~)


Goku vs Bezita


with kak maton. ton. ton. ton


aku dah semangat waja nak angkat hadiah besaq tu. tup2 2 orang ni cm tersipu ja nak ambik gambaq. stres tui. tima kasih kat kakak mana tah yg jadi photographer. hehe


gambaq ini gegaq angkara ahjumma Naseha!! tangan parkinson ka apa. adoii..


pokok tu aku tulong promote ja. a a a a a. wat x bsalah

Masa 1st p ambik gambaq tu segan gak. Haha. Then tiba2 ramai plak orang lain pakat ambik gambaq. Apa lagi... Rasa cm studio gambaq sendiri. Hehe. Gambaq aku ngan Kak Maton banyak lingkup angkara ahjumma Seha. Heran tui ngan tangan dia. Haha. Memang kami dok plecey dia aa malam tu. Tangan ketaq. Parkinson. Semua ada kat dia. Haha.

novelis cerita sendiri,
munirah azmi

Friday, December 17, 2010

FOX?

Satu kejayaan kerana tiap2 hari aku blogging.. Haha. *=P VICTORY!! Cewahhhh..

Dekat kolej aku ada program 'bedah buku'. First2 tu aku tcengang bangang bila dengaq 2 perkataan tu. Kat layar minda segera aku terbayang buku tu jadi katak hijau yang agak besaq dan gemuk.. Ewwww. Then ada budak form 4 bedah katak tu. Wawawawawa. Ngarut gila. Rupanya wat sinopsis ringkas pasai buku tu. A a a a a. Gila advance nak operate.. Akakakaa.

Jom aku ajak hampa operate. Tapi nak ajak operate cerita Korea. Heheh. La ni aku tengah demam Korea. Kira overnight aa. Hahah. Aku dah habeyh 3, 4, 5 hari lepaih melayan cita. Tapi baru hari ni jadi entry. Wiwiwiwi.

So then.., moh le kita operate.. Kalaw ikut perkiraan kitaran hayat nyamuk (gila ka apa niyh), dah lama aku habeyh tengok. Around sebulan ada rasanya. Tapi sebab yang menyebabkan aku tiba2 hilang mud demam Korea.., tu pasal t'bantut. Semua ada 16 episod. Bleyh la kan... Aku stop takat episod 11. Hehe. Then hari tu aku sambung balik.

Cita yang aku tengok tu tajuk dia My Girlfriend is a Gumiho. Gumiho tu maksud dia nine-tailed fox.. Cita niyh genre romantik, komedi, fantasi.

Ni semua Syida punya pasai. Dia offer hard disk dia kat aku. Ngeee.. Apa lagi. Belasahhh...

Casting dia agak ramai. Tapi aku fokus kat depa 3 orang ja. Main character cukup la. Merap aa lau nak suh cita sorang2. Kan? Kan? Kan?

Shin Min Ah sebagai Gumiho
Le Seung Ki sebagai Cha Dae Woong
No Min Woo sebagai Park Dong Ju

Sebagai tukang kritik x tauliah dan kadang2 x ktahuan.., 1st kali aku tengok.. Komen standard: Hero x handsome. Kemudian... Jeng3!! Kuaq lak watak seorang psycho. Wooooooo... Handsome kowt. Tiba2 tpikiaq. Awat laa jadi hero kedua ja..?? Haih. Pendapat aku disokong Kak Fa. Heheh. Seia sekata kami 2 orang.

Cerita ni 2010 punya. Kira dasyat laa aku kali ni sebab tengok cita 2010 tanpa p beli CD. A a a a a. Btw.., nampak cam tah hapa2 cita niyh. But don't judge a book by it's cover. Cita ni ada gak terselit unsur cinta 3 segi yang menjadikan ia triangle dalam bahasa Inggerisnya.. Haa. Besaa aa lam cita lau triangle love... Tapi nak habaq kat hampa, cara pengolahan unsur cinta 3 segi tu lain aa. Paling meruntun perasaan aku bila Dong Ju selaku orang yang direject cintanya ngan Dae Woong yang diterima cintanya oleh Mi Ho teriak dalam scene episod 14 x silap. Perghhhh.. So what? Ini bermakna aku pun join hero 2 orang ni teriak.

Dae Woong jenih gila2. Dia self-esteem habeyh. Matlamat hidup sangat x jelas. Reja perabih duit tok wan dia ja. Mak cik dia pun naik tension ngan pe'el dia. Tapi bila Mi Ho masuk lam hidup dia.., dia berubah. Dia sanggup tinggai harta demi Mi Ho. Then.., dia sanggup berkorban demi cinta. Penangan cintakah namanya e2? Ceh! Lagi maw tanya derr. Dia memang tkejut sebab bleyh fall kat pmpuan cam Mi ho. Ya laa. Mi Ho bukan manusia..

Park Dong Ju plak 1st impression aku: Psycho. Kadang2 aku rasa macam dia hidup dalam dunia sendiri. Haaa.. Style rambut dia macho. Hahahaha. Walawpun dia nampak psycho, tapi tahap cool dia memang gorgeous nak mampuih aa. Wink! Wink! aku. Dan.., seorang gentleman. Ni pun sanggup berkorban demi cinta dan orang yang dia sayang. Mungkin cara dia men helah tu x betui.., tapi cinta dia memang betui..

Mi Ho ni reja dia makan daging ja. Pagi petang siang malam daaaaging ja. Lepaih makan daging mesti pkena soda. Cara dia makan macam sedap sangat ja. Naik stres aku tengok. Haha. Mula la aku lapaq burger. Slurppp... Lap ayaq lioq, lap ayaq lioq. Sat g basah blog aku kna yaq lioq hampa. Hahahahaha. Mi Ho ni pcaya cinta dia bukan fantasi tapi realiti. Park Dong Ju lak memang x caya manusia bleyh setia dengan gumiho.

Kalaw lam cita Oh! My Lady aku suka absolutely Siwon-sshi aa. Tapi lam cita niyh, aku suka Park Dong Ju (^_^) . Tunggu plak pasni sapa lak jadi favourite hero aku. Hahaha. Tapi kan. Serious aa. Comey cna pun No Min Woo.., Siwon tetap ranking num 1 aa. The best!!

Masalah pelik kebiasaan aku laa yang aku dok tengok.., orang suka hero, aku lagi suka hero ke-2. Haha. Agak susah laa aku nak suka 1st hero. Hehe. X caya..?? Lam cita Autumn in My Heart, pupu aku majoriti suka dan orang lain gak aku rasa, depa suka Song Seung Han yang pegang watak Yoon Joon Suh. Aku dak.. Aku suka Won Bin. Lam tu nama dia Han Tae Suhk. Hahahahahahaa.

Kesimpulannya.., p la tengok cita My Girlfriend is a Gumiho. Kadang2 biaqlah kita berpijak kat bumi fantasi daripada realiti. (motto baru aku rasanya) Best oo fantasi niyh. Hehe. Jangan lupa tengok. Kalaw kat hostel uu akan ada jugak aih Korea addicted. He.

END

novelis cerita sendiri,
munirah azmi

Thursday, December 16, 2010

Ex-Assistant Monitor 2007

SITI NOR IDA FARIDA BINTI HASHIM. Namamu sentiasa terpahat di hatiku. Hehe. Haih. Potensi untuk jumpa dia sgt susah. Urghhh..

Di kejauhan, aku hanya mampu mengucapkan hepi b'day yang ke-20. Semoga panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu.



Masa kami kelaih Fathonah dulu, dia dok depan aku. Bila cikgu x dak.., dia rajin gak studi. Aku?? TIDOQ. Tu pasai aku x jejak g tangga universiti. Taun depan. Insyaallah.. Start kenai form 4. Dia student baru. So, dia la yg tegoq aku. (aku kan senior. hahaha)

Ok. Masa kami skol menengah dolu.., nama jahit kat tudung. 1st expression bila aku tengok nama kat tudung dia. IDA. Dalam hati aku.. Gila apa dia nih.. Dok boh nama glamer plak. Check punya check baru taw nama dia Siti Nor Ida Farida. Masa tu aku gelak gila. Prejudis tui aku niyh. Mwahaha. Tah cna.., kami pun get along. Bezanya aku Science 3, dia Science 4.

Naik form 5 kami sama kelaih. Makin rancak aa. Dia cakap kat aku hari tu, "rindu gila nak suh hg cepit kuku aku." Ya Allah.. Aku dah lupa dah Ida oii.. Tapi aku appreciate gila dia still ingat. Bukan apa, aku ni pantang sket tengok sapa2 kuku panjang. Aku x kata Ida suka simpan kuku. Tapi kadang2 kita x sedaq kuku kita dah panjang. Hehe. Memang member2 aku lau kuku panjang ada gak yang p 'serah diri' suh aku potong kuku depa. Haha. Tym tu lau aku bukak salon memang bleyh laku derr. Wawawawawa.

Aku rindu gila kat hg beb. Thanks for being 1 of my friends, make my life story more colourful. Saya sayang kamu. Jangan sekali-kali kamu lupa.

with love,
munirah azmi

Wednesday, December 15, 2010

L-O-V-E

Kata orang cinta melengkapkan kehidupan.. Kata orang cinta itu menyakitkan.. Kata orang cinta itu pembakar semangat.. Kata orang cinta itu meletihkan.. Kata orang cinta itu mewarnakan dunia.. Kata aku..?? Cinta itu.... Tah. Aku pun x taw.

Kesimpulannya.., cinta itu keperluan fitrah seorang arjuna dan sunti untuk saling melengkapi.

Mungkin ini sajak orang bercinta...

Indahnya tika cinta membuai-buai perasaan,
Bertambah indah jika dikau yang menemaniku,
Hingga ke akhirnya..

Sungguh!!
Hatiku tertawan dengan kelembutan
Yang terpancar di sebalik hati 'tanpa perasaan' itu
Mungkin bisa membutakan panahan mata di sekeliling..,
Tapi tidak mataku…..
Kerana aku percaya
Mata hatiku tak mungkin ditipu

Hidup ini terasa kelainannya..
Bak kemilau cahaya
Yang memancar..,
Yang menerjah..,
Ke segenap penjuru alam..
Kerana…
Daku tercari-cari terang cahaya,
Yang mampu untuk mengusir..
Hati yang kelam tanpa cinta..

Kerana takdir-MU..
Aku.., aku
Terkelu…..

TERIMA KASIH CINTA..


Mama, Baba...

Happy Anniversary yang ke-24.. Semoga jodoh Mama dan Baba berkekalan hingga akhir hayat. Ohh!! Aku sangat jeles melihat Baba ngan Mama. Hehe. Macam biasa... Aku x bleyh bagi something yang surprise kat depa dua. *=,/ Tunggu la aku reja t. Insyaallah.. Semoga umoq depa panjang. Aamin.


AZMI BIN YUSOF
ROSHIDAH BINTI AWANG

sarang hae,
Munirah Azmi

Tuesday, December 14, 2010

Happy 23th

Sanah helwah yang ke-23 kepada Mohamad Hafiz Baharudin. Enjoy ur day. May Allah blessed u always.

Saya x dak hadiah untuk beliau. Cuma saya harap dia sentiasa hepi. Itu dah cukup baik pada saya.



tuan punya blog,
munirah azmi

Sunday, December 12, 2010

Biggest Day

Weekend. Yaa.. Sangat tension apabila tinggai aku sensorang. Minah 2 orang tu ada hal. Seha ada family day. Sok baru dia balik. Mentang kelas kui 12. Lia balik sebab atok dia sakit. Semoga semua selamat. Aamin..

Malam tadi aku wat cekang tidoq sensorang. Haha. Padahai meter cuak cam lam wakenabeb tu ada gak 15%. Tapi aku abaikan ja. Ngantuk punya pasai. Hehe.

Tahun ni. 2010 la.. Awat? 2 orang sepupu saye telah selamat bergelar isteri. Ini bermakna saya dapat sepupu baru lagi. Yeyyyyyy!! (^_^)

Mabruk ilaikum. Barakallah..


Shahiroh Zakaria, my Cikceah


Farihah Mahaiyadin, my Kak Chik Peah

Depa ni pupu aku yang nombot 6 ngan 8. Huhu. Selamat melayari bahtera baru bersama nakhoda masing2. Emm.. Welcome to the family for Abang Imran (hubby Cikceah) & Abang Azad (hubby KC Peah)

Yang x best.. Aku x dak tym best memory both of them. Aku ada kelaih. Panggilan hangit tui.. X pa. Tym aku kawen t, aku memang wajib ada. Haha. Haih. Semua pakat kawen.. Aku bila nak kawen x taw. *=P Hahahahaha.

p/s: Wish me luck. Sok ada test. He. Tata..

Aku tukang tulih,

Munirah Azmi


Friday, December 10, 2010

RAYYAN GILLION

Moshi-moshi (^_^)

Kan hari tu aku p Jalan TAR. So aku beli novel niyh. Gila gaban best.. Aku beli 5/12. Tak sangka la plak buku ni launching 4/12, sehari b4 aku p beli. Hehe.


Tapi, kenapa tajuk post aku buh Rayyan Gillion walhal tajuk dia Rayyan Fantasi..?? Sebab Rayyan Gillion tu nama hero kat Yuk'kaa. Lau kat Bumi nama dia Aiddin Ibrahim. Mesti hampa pening kan..?? Haha.

Aku rasa, lau aku stori kat sini mesti hampa kata aku gila. Hahahahaha. Ya!! Aku gilakan fantasi.. Hehe. Perempuan pun bleyh berfantasi plot lam buku tu.., apatah lagi kaum lelaki. Aku rasa guys kat luaq sana perlu beli. Hampa mesti suka punya. Memang sesuai dengan term 'Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran'.

Komen utama aku. Unexpected. Lain dpd karya Ramlee Awang Murshid sebelum niyh. Antara realiti dan fantasi, aku lagi prefer tym fantasi la.. Tym depa perang kat Yuk'kaa. Perghhh. Memang best habeyh. Kapsul, laser, kuasa agung. Hehe. Kawwww punya.

Aku nak sentuh semua yang fantasi. Yang realiti aku malas cita sebab aku pilih fantasi. Watak? Rayyan, Mika, Mij-Gillion, Furga Gillion, Sulus, Saher, Sanggora, Na'in, Janir, Tarak, Gitor. Bangsa? Rayyan, Sandor, Aloi. Tempat? Kota Thasur, Wilayah Whimur, Wilayah Tenggara, Wilayah Furr, Unjuran Segenting, Jajahan Karuh. Klasik kan nama2 yg dipilih..

Aku suka kat Rayyan.. Tapi bagi aku Na'in lagi sempoi aa.. Kemahiran boomerang dia memang mantap ah. Hehe. Kira RAM memang ada kepakaran bagi aku ralit berfantasi ah. Hahahaha. Kredit to RAM for new invention of novel. Teruskan perjuangan dalam karya anda.

Bila aku cerita kat roomate aku 2 orang tu.., depa gelak terkekeh2. Tu laa hampa. X dak seni baca novel. Aparaa.. Hehe. Balik2 nak cinta cintun.. Bosan aa. Bila dah beli novel ni mula aa. Addicted. Serungaih tui...

Di kesempatan ni jugak.. Hepi b'day yang ke-21 kat Syaket a.k.a Muhammad Syakir bin Shaili, yang merangkap classmate aku. Semoga panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu. (aku rasa dia sentiasa tlajak hepi kalaw tym dia hepi)



bajet macho la hg wey.. porahhh. haha


Yang penting, pakat2 p beli Rayyan Fantasi. Ok? Bersama kita sokong novel tempatan. Heheh. Dpd kita dok buang dit beli macam2 bek kita beli novel yang dalam kategori buku. Tui ak? Haa.. Buku oh buku. Aku chenta sama kamu.

Love,

-munirah azmi


Thursday, December 9, 2010

Dear Baba..

Sanah helwah yang ke-51, Baba. Semoga panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu. Terima kasih kerana telah membesarkan Munie. Munie mintak maaf kalaw ada perkara yang mengguris hati Baba. You're my hero.. Not hero I guess. But Super Hero. *=)

Doakan yang terbaik untuk Munie sepanjang menghuni alam Allah ini. Baba..., I love u soooooo much. X bleyh nak ungkap dengan kata2.

Satu benda yang aku paling excited. Bila aku dapat duit hand-by-hand dpd Baba. Owhh!! Indahnya dunia. *;) wink! Hehe.

Teringat g cita semester lepas. Mama x bank-in lagi duit belanja kat aku. Then Mama gtaw kata Baba dah bank-in RM 100. Oh! No! No! No! Sayang gila aku nak guna. Aku call Mama suh bank-in balik duit.

Mama tya, "Pasai pa pulak? Hari tu Baba baru bank-in RM 100."

"Sayang nak guna laa.."

"Banyak cantik. Oo.. Duit Baba sayang nak guna.. Duit Mama enjoy plak dok keluaq."

"Rasa bsalah nak guna la Mama. Baba kan susah nak bagi dit. Mama dah selalu. Bleyh la Ma.."

Ya laa.. Even dit Mama, mesti la dit Baba gak. Tapi feeling tu lain bila Baba yang bank-in duit or bagi hand-by-hand. Heheh.

Setelah aku kecek.., still x berjaya. Mama x maw. Protes sebab aku syg nak guna dit Baba. Oh! No... Kena jugak wok kuaq dit yang Baba bank-in. Hehe. Kebetulan aku ada KPK. Kena bayaq RM 80. Haha. Apa lagi.. Aku pakai dit yang Baba bank-in tu la.. Punya sayang habeyh lau dit Baba. Ekekekeke. Aku x wat belanja enjoy punya.. Last kali Mama bank-in balik duit belanja. Mama jeles la tu. Huhu~~

Lagi 1 kalaw p shopping, kalaw balance dit Baba mesti aku bahagi 50-50 ngan Mama. Hahahhahaa.

"Simpan Mama simpan. Mahai ooo dit Baba"

Lau balance dit Mama sah2 aku kebaih semua. Hahahahahahahaha.

Kesimpulannya..., AZMI BIN YUSOF adalah insan istimewa di hati saya.. Kira bf saya la.. Oppsss!! Pn. Roshidah jangan jeles. Hehe.

p/s: x dak pic latest Baba sebab Baba haku sangat susah kalaw ajak ambik gambaq. like father like daughter. sebab tu aku low profile.. ikut genetik Baba aa.. kikiki *=P

Love,

Your daughter, Munirah binti Azmi..

Missed u so much Baba (^_^)

Monday, December 6, 2010

Hepi + Gabra + Tension

Assalamualaikum... Aku kembali lagi menulis blog. Hahahahahahaha. Poyo gila.

Semalam tengah dok layan tidoq.., tiba-tiba, "That you're always in my heart... You're always in my mind. But when it all becomes too much. You're never far behind. And there's no one. That comes to you. Could ever take your place. 'Cause only you can love me this way.." Aish... Bunyi alarm la plak.. Aiyoo.. Rupanya aku lupa off. Ah. Reni weekend. So, nak bangun lambat. (adoiii la) Aku pun off kan la snooze tu.

"Moon... Jom kua." Haih. Seha ni bangun2 ajak aku kuaq.

"X mauuuuuu... Malaih. Aku nak tidoq"

"Jom laa.. Moon...." (sora penuh kesian. jahat tui dia niyh)

"Eiyshhh... X mawwwwwwwwww" (menjawab sambey mata pejam)

Tapi lau pikiaq2 boring gak..

"Ok. Jom. B4 Maghrib balik aa.."

Kemain dia sengih. Teruih p iron baju, mandi. Bukan nak p mana pun.. P Jalan TAR ja. Cari blaus sket2. Huhu. Woi makcik!! Pasni lau aku ajak hang kuaq, hang kena ikut.. 2x dah dia kacaw aku membuta tym weekend. Warghhhhhhhh!!!! Aku tuntut beb. Hahahaha. <<-- devil laugh.

Masa nak balik nek tren dpd Tasik Selatan balik Bangi la yang jadi cita yang aku x kan lupa sampai bila2. Hahahaha. At least aku try. Hahah.

Tahukah anda bahawa kalaw nak nek tren kna ada tiket..?? Ha. Ha. Ha. Budak tadika pun taw dow.. Tah.. Masuk toilet pun kna bayaq. (apa kaitan ..??)


Sampel tiket KTM

Disebabkan kami x penah2 kuaq hari Ahad.., unexpected la beratoq beli tiket panjang gila kena queue. Nasib aa. Bukan turn aku yang p beli. Tym p aku dah beli then la ni turn Seha lo.. Huhu. Aku melepak ja kat tepi. Perati macam2 gaya manusia yang berada kat c2. Hehe.

Eiysh.. Panjang gila. Jenoh aku nak melangut tunggu Seha. 1, 2, 3. Then kosong dekat machine ticket tu. Heheh. My nak p try beli pakai mesin tu. Lagipun Seha jauh g dpd kaunter. Lau beli pakai mesin, confirm2 jimat banyak masa. Rasanya aku ingat g step dia. Fuh. Bismillahirrahmanirrahim..

Erkkk.. Bila buh duit ja.. Kuaq balik.Try g. Keluaq gak.

"Tekan balik kat Bangi tu.." Mak ai.. Kuat gila sora mamat niyh..

"Dua eh" Aku kata kat beliau. Aku x pandang dah kat dia. Aku cakap hadap mesin tu ja.

"Rm 5.80. Duit.."

Aku pun terus bagi la duit satu persatu. Aku pandang Seha. Kira percubaan aku menyenangkan dia aa. Hahahaha. Tikckets are on the way..

Sambey tengok Seha, dit kat tangan dok bjalan bagi kat mamat tu.

"Dah cukup.." Kuat lagi sora hang.

Wargh3. Gabra punya pasai.. Aku bagi dit tlajak la plak. Aku sengih ja. Nak tgelak atas ketidakfungsian otak aku kira dah bpa ringgit aku bagi dit kat dia.

"Thank you" Aku pusing kepala sikit ja, then senyum yg memang sah2 sumbing nak mampoih.

"Welcome"

Blahhhhh... Kenapa aku x taw bpa git aku bagi kat dia? Kerana yaa.. Kerana aku blurr plus ngan sora mamat tu hat kuat. Sapa x malu. Agak2 sket bro.. Aku mmg x t pun beli pakai mesin. Aku bajet try ja niyh.. Refresh step2 tym Alia dok beli. Tym tu jugak laa belakang aku ada orang. Padahai tym aku dok buh duit sensorang tadi mana ada orang pun. Kambing tui..

Walawbagaimanapun.., terima kasih kat dia. Lau dak maw cuak gak aku. Biaq aku malu..., asai dapat tiket awai. *=P


Tiket 'bertuah' hat bagi aku malu

p/s: Tobat pasni aku x beli pakai mesin dah. Trauma.. Haha. Ambik masa gak nak try balik.

Aku balik dengan hati yang gumbira. Blaus ada dua, tudung ada dua. Then novel Rayyan Fantasi karya Ramlee Awang Murshid. Baru baca sampai Bab 3. Sangat excited nak baca. Hidup RAM!! Dan aku sangat tension bila nak cari tudung semua kedai juai tudung indon ngan selendang ja. Haih. Ini tidak adil kepada kami yang x pakai selendang ngan tudung indon. NO!! Sep baik last2 minute jumpa gak tudung besa. Hehe. (^_^)

Gila lengoh kaki aku. Dah sampai bilik baru terasa. Hahah.

Habeyh dah.

-munirah azmi


Saturday, December 4, 2010

25 things

Salam.. Cerita kali ni apa plak eh? Hmm.. Aku telah di tag oleh Pujah. Ni permainan apa plak.. Aku pun x taw. Tapi macam best ja. Hehe. Jom kita baca arahan beliau:

"You are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal. At the end choose 25 people to be tagged. If i tag you, its because I want to know about you."

SEJARAH YANG X DIREKA-REKA

1) Nama aku campoq nama Baba tolak perkataan binti hanya ada 11 huruf. MUNIRAH AZMI. Sangat senang untuk bakal suami aku sebut masa lafaz ijab dan kabul. Ha3.

2) Common people akan panggey aku Munirah, majoriti panggey aku Munie, nama baru lepas masuk Kuis adalah Moon, dan hanya ada seorang sahaja yang panggey aku Irah.

3) Sangat susah untuk tengok aku pakai baju kurung or kain kerana aku lagi prefer seluaq. Alasan lapuk aku kat Mama: Kalaw jadi pa2 senang nak lari (atenyerrr).

4) Aku x kan penah boring kalaw hari2 ngadap tomyam. My favourite tuuu. Nyummy2.

5) Mbe2 guys ada yang panggil aku bro. Adakah depa lupa aku sebenaqnya sis..?? Erkk. X kisah aa. Asai depa ingat gak kat aku. Hehe.

6) Ke mana-mana cerok dunia pun, aku sentiasa setia dengan bahasa kebangsaan aku, iaitu bahasa Kedah. Tahap pekat tu x pernah berubah. Wawawa.

7) Aku x penah ada teddy bear. Sapa nak bagi.., silakan. Terima kasih banyak2. Hehe.

8) Lelaki yang wujud dalam hidup aku dpd kecik hanyalah Baba, ayah2 sedara aku, dan sepupu2 aku.


FAKTA YANG BUKAN AUTA

9) Boyish lagi banyak dpd girlish. Apa nak jadi dengan anak Pn. Roshidah dan En. Azmi??

10) Aku rancang nak kawen antara 24-26 tahun. Calon senarai pendek: Choi Siwon. Alamat kna makan pelempang ngan Mama ngan Baba aku. Wargh3

11) Pelikkah kalaw perempuan minat bola? Semestinya tidak sebab aku suka layan football ngan basketball. Fantastic damn thing bebeh...

12) Aku yang orang lihat adalah berbeza dengan aku yang orang kenai. Oleh e2, jangan tuduh aku kerek terlebih dahulu.

13) Rasa-rasanya la kan, kalaw aku susun balik novel-novel yang aku beli, bleyh bukak library awam. Sejam singgit. Haha.

14) Aku nak ajak husband aku teman aku tengok bola live kat stadium. Pleash...

15) Benda wajib beli kalaw masuk KFC, cheezy wedges. X pernah muak untuk makan.

16) Sangat susah untuk percaya kat orang lain. Bila aku percayakan kalian.., it's mean welcome to my life *=)

17) Aku suka kucing. Kalaw tidak x dak laa parut kat bawah mata kiri. Hehe.

18) Aku paling suka lagu ngan tarian geng Super Junior hat Sorry, Sorry ngan Bonamana. Member SJ favourite aku Choi Siwon, Lee Donghae, Eunhyuk, ngan Cho Kyuhyun.

19) Wat reja last minute adalah tabiat hat x bleyh nak dihindarkan. Munirah..., bila nak berubah..?? Haih.

20) Aku x pandai langsung men bowling melainkan dalam game. Haha. Dan aku berhasrat nak bungee jumping. Apa perasaan tym jatuh dpd tempat tinggi eh? Pergh. Mesti best!!


SASARAN YANG X BLEYH TERSASAR

21) Ni matlamat utama aku sekarang. Aku nak masuk U. Bila aku tengok mbe2 aku skg dah degree, ketahuilah bahawa aku jeles dengan hampa. Doakan kat aku sama. Aamin..

22) Tahun depan. Sebaik saja aku masuk 21 taun, aku berazam nak tinggaikan tabiat hat suka pakai seluaq. P mana2, aku nak pakai baju kurung or blaus ngan skirt. Agak janggal dengan azam sendiri. Hahahaahahahahhahahah.

23) Bleyh x abang bawak sayang honeymoon dekat Paris..?? Sayang nak sangat feel kat bawah Eiffel Tower.

24) Sangat frust bila impian aku nak ambik TESL kat Jerman x tercapai. Therefore, aku akan pastikan master ngan PhD aku tunaikan. X cepat, lambat. Bleyh aku further study ngan husband aku sekali. Tambahkanlah keazaman kami..

25) Rezeki-MU luas terbentang. Aku nak tunaikan Rukun Islam yang terakhir. Semoga impian untuk memiliki kekayaan dunia dan akhirat dimakbulkan oleh-MU. Aamin..

Bila dah tulih 25 perkara, aku rasa macam x cukup la plak.. Bleyh tambah dak Pujah? Hehe.

p/s: Sapa impian dia nak sama ngan aku.., TOLONG letak footnote aa. Hahahahaa. *;P

Sekian, terima kasih.

-munirah azmi

Friday, December 3, 2010

11 a.k.a November

Hai sayang.. I dah datang nak cita kat u niyh... Hehe.

Jeng, jeng, jengggg!!

Sebenaqnya aku nak blogging post kali ni dah lama.. Aku plan 29/11 lepaih. Tapi x kesampaian.. X pa.. Walawpun dah masuk bulan baru.., aku tetap x lupa kepada depa dan mereka. Bukan depa dan mereka tu sama ja ka..?? Memang laa.. Satu bahasa baku, satu bahasa kebangsaan aku iaitu bahasa Kedah... Haih. Bayak tya plak. Eiyshhh. Anak sapa la termenyampuk tanya niyh.. Hehe. Jangan mare..

Al sedia wal maklum, post yang wajib tiap2 bulan. Apa dia..?? Wish birthday... Pandaiiiiiii.. (^_^). Setelah aku menjadi detektif yang terer ala2 Conan, aku rasa bulan 11 punya b'day member mmg gila punya ramai. Hehe. 11 orang semuanya. Sesuaila dengan bulan 11. Weeeewiiitttt... Dengan ini..., aku mengisytiharkan bulan 11 adalah bulan Guiness Book of Records (mereng sat). Hahahahahaaha

Moh kita tengok sama2 b'day person.. Ta daaa.


4th November

Bermula seawal bulan. Syifa' Mohamad Azhari, anak my pupu iaitu Kak Chaq. Congrats dekat dia sebab dapat num 2 final exam kat skol. Tahniah kakak... (^_^) Tapi Cu x dak hadiah laa. Hihi. Hepi b'day yang ke-9.. Kakak, jadilah anak solehah kat Abah ngan Ummi sebab Kakak lah satu-satunya pendinding api neraka kat Abah ngan Ummi. You're the only daughter for them.


4th November

Next is Mohd Syafiq Mohd Tajudin. Kat Smkak dulu dia classmate aku masa form 1, form 2 ngan form 4. Tym skol dulu orang panggey Pit Din. Haha. Bila orang kata Pit Din aku rasa nak gelak hbeyh sebab aku panggey dia Baq, seiring dengan nama glam baru beliau di KTU. Hepi b'day yg ke-20. Teruskan perjuangan hang, Baq. Tomorrow never die..


6th Novenber

Anchik... Anak Kak Chaq jugak. Muhammad Sulhi Mohamad Azhari. Dia ni pantang nampak makanan. Aku rasa hobi dia makan. Hehe. Tengoklah ke'chubby'an dia. Mak Lang Epah kecik g pada dia. Hehe. Jangan marah naa Anchik.. Cu gurau ja. Hehe. Hepi b'day yg ke-10. Belajaq rajin2. Bagi dapat num 1 balik macam dulu. Ok??


15th November

My sayang, Mahfuzah. Yang..... Lama x jumpa hang. Uwaaa. Kangen bangat sih.. My sayang skg kat IIUM. Walawpun kami sama negeri perantauan.., kami x penah jumpa. Sadisnya. Hehe. Dia roomate aku masa Form 3. Kami dok bilik Rajin. Bila naik form 5, dia jadi prefect. Maka ter'paksa'lah dia buang sedikit demi sedikit perangai nakal. Kan Pujah, kan? Hehe. Ada masa kita WAJIB dating. Btw, i love u. Fyrdause..., tolongggg jangan jeles. Haha. Hepi b'day yang ke-20 yang..

21st November

My best friend, Muhammad Amiruddin Mustafa. Dia classmate aku tym form 4 ngan form 5. Kalaw aku gila habeyh kat Siwon, dia gila dekat Jaejoong. Tapi Siwon the best aa Med. Wawawawawa. He's single and available. Sapa yang nak kenalan.., bleyh la menghubungi 013- 425XXXX. Dia yang pesan kat aku suh promote. So, aku x bsalah.. Aku taw hang hbeyh sem dah. Then, selamat masuk ke gerbang degree Jae Med. Haha. Hepi b'day yg ke-20 beb.


24th November

Pupu-chan.. My cousin, Amie. Tp la ni aku suka panggey dia nama penuh. Karimah. Nama Amie tu aku x taw laa dapat mana sebab dpd kecik g aku ngan pupu2 yang lain panggey Amie. Dia anak Lang aku. Eh, eh. Apa khabar kamu selepas semua kakak-kakakmu telah berumah tangga? Haha. Hang jangan cuba2 nak langkah bendui aku k..?? Akakakakaka. Bak kata Pak Lang Man, bila ada ja Amie ngan Munie.., dok dengaq depa gelak ja la. Hehe. Hey, sepupuku! Sanah helwah yg ke-20. Aparaa aku nak masuk 21 dah nih. Adehhh..



29th November

Aku panggey dia CEO. Tapi nama seperti yg tertera di kad pengenalan adalah Nurul Huda Tirmizi. Hehe. Kenapa aku panggey dia CEO? Sebab dia agen topup. Maafkan aku Huda.. Hahah. Huda niyh bestfren kepada pupu aku, Epah. Kira kami 3 orang 1 kolej laa.. Dia mesti stres ngan aku sebab kalaw aku cari Epah x jumpa, alamat num dia la yang aku call. Huhu. (#_#) <<-- muka stres dia. Akakakaka. Semoga berjaya dalam bisnes. Hepi b'day yg ke-18 Da..


29th November

My inspiration.... Beloved Mama, Roshidah Awang. Oh!! Beliau sangat cengey b'banding dengan Baba saya. Hehe. Tapi sejak2 aku dah besyaq niyh.., tahap cengey Mama aku dah kurang berbanding dulu. Kalaw aku gaduh or selisih pendapat dengan Mama, Baba la yang jadi penyelamat keadaan. Yeah!! Baba superhero antara aku ngan Mama la kiranya. I luv u, Mama. Sanah helwah yg ke-51. Semoga Mama panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu. Luv u sooo much. (^_^)

----------------------------------

Aik??! Kata ada 11 orang.. Mana p lagi 3 orang..?? Sabaq aa. Ni baru nak explain. Adoiiii laa.

X dak gambaq:

22nd November- Ali Hashim

Abang Ali ni husband Kak Chik Jidah. Kira Abang ipaq Amie la. Kadang2 rasa macam abang ipaq aku sniri plak. Haha. Tym tengok bola.., aku, Amie, ngan dia geng habeyh aa. Dia memang suka skill Azmi Muslim. Hobi? Mengai ikan. Kira tym mengai tu.., partner sejati Baba aku laa. X paham tui ngan orang suka mengai niyh. Biaq la kan. Asai hati depa hepi. Hehe. Hepi b'day yg ke-37. Best of luck in Fasco Sdn. Bhd.

30th November- Mahaiyadin Awang

Aku panggey Long Man. Dia abang sulung Mama. Seorang tok wan yang sempoi. Haha. Dia ada 6 orang cucu dah. Trademark dia dpd aku kecik sampai besaq ni, dia suka ketuk pala aku. Hehe. Dia paling rapat ngan pupu aku, Mamat. Geng rokok daun. Hehe. Kalaw x silap aku.., taun ni b'day dia yg ke-67.

30th November- Ahmad Awang

Haa.. Ni Njang aku. Pic dia sorang aku x dak.. Pic dia khusyuk sembelih lembu tym raya hari tu ada la.. Hampa check balik kat post aku. Njang ni lahir taun 1957. Tapi dia tetap anak pasca merdeka. Kira x tulen laa walawpun seusia dengan kemerdekaan negara. Hehe. Dia seorang yang suka wat lawak. Lau dok ngan dia alamat x larat gelak aa. Hehe. Sanah helwah yg ke-53 Njang.

Semoga kalian panjang umoq, murah rezeki, hepi selalu. Kalian adalah sebahagian dpd hidup saya. Jadi.., kalian adalah perkara terbaik sepanjang hidup saya. (^_^)


Love,

munirah azmi
TUAN PUNYA BLOG


Wednesday, December 1, 2010

Iron Lady

Salam alaik habibi.. Saya mintak maaf... Hari saya x susah, saya lupa dekat awak.. Akhir sekali, saya kembali jugak dekat awak Baby Blog.. Uwaa..

Kalaw ikut semalam saya nak blogging. Tapi Abang Bantal, Abang Tilam, Abang Comforter panggil saya ajak dating. Mana bleyh tolak. Haha. Pheww~~ Sebenaqnya banyak cita bulan 11. Tapi saya x post sebab line wireless TERmengong seketika. Beh kurang 2 minggu gak keadaan berlarutan ya.. Saya sabarrrr je.

Perkara utama nak habaq, Facebook account is deactive. Temporarily. Saya malas untuk menjadi penghuni di situ buat masa sekarang. Mungkin kerana saya menyedari bahawa saya lebih cenderung kepada introverted dpd extroverted. Setelah semua keadaan stabil, saya akan bertandang kembali ke sana..

B4 p kelas tadi.., Baba call. Dia gtaw saya hari ni nak p bukak jahit Mama. Ok. Kim salam dekat Mama. Tu ja respon saya. Hmm.. 2 3 hari ni mood saya x bpa nak elok.. Elok.. Tapi feel lonely. Miss Lonely. Blurr.. Hahah. *;P

Balik dpd kenduri Kak Long yg merangkap sepupu Alia.. Hati saya rasa sedih sangat. Baba ada habaq. Tapi bunyi tren yang hingaq itu membuatkan saya kurang jelas mendengar suara Baba. Esok tu saya telefon Mama. Saya mahu mengucapkan Hapy Birthday yang ke-51 dekat Mama. X sabaqnya.. Hehe. Baru nak muqaddimah nak wish...., Mama kata dia dan Baba accident. Perghh.. Rasa macam nak pecah jantung. Macam udara yang Allah bagi ni x cukup untuk saya inhale seperti biasa.

"Mama kena jahit sikit bawah mata kiri sampai pipi sebab kena spek. Baba x dak pa2." Ayat keramat. Sikit ja.. X yah dok pikiaq laa. Sikit apa macam tu sampai kena jahit!! Mama ni...

Niat saya terbantut... Saya x punya kekuatan untuk mengucapkannya kepada Mama. Saya x cukup kuat. Ya, mungkun saya bleyh mengurangkan sedikit kesedihan yang bertamu di hati Mama ketika saya wish birthday untuk dia..., tapi saya memang x bleyh. Saya x kuat macam Power Puff Girl.. *:,( Saya taw..... Dia sedih kerana pipi dia kena jahit. Saya taw tu. Suara dia lain bila menyatakan keadan itu. Dia cuba berlakon seolah-olah tiada apa-apa. Saya bukan bodoh.. Saya anak dia. Saya taw hati dia macam mana. Dpd sempurna kepada sedikit cela kepada paras rupa. Mama sabaq eh..... Macam mana pun Mama.., kasih saya x pernah terkurang pada dia.

Saya telefon Baba. Saya marah kerana Baba x bawak kereta elok-elok. Ayat pertama yang terluncur keluar daripada bibir selepas menjawab salam, "Macam mana Baba bawak kereta..?? Baba ni..."

"Baba nampak ada benda melintas. Baba elak sebelah kanan. Benda tu ikut jugak sebelah kanan.."

Baba kata lagi kepada saya, "Kita x mintak pun nak accident. Dah nak jadi. Nak wat macam mana..??"

Ya Allah.. Bersalahnya saya.. Maafkan saya wahai Sang Bapa.. X mendengar penjelasan terdahulu.. Suara Baba sebak masa kata accident. Ya. Saya dengar tu.. Hati.. Berilah ketengan kepada bapaku.

Mama x habaq pun gusi dia kena jahit. Baba yang gtaw saya. Mama, mama. Saya rahsia dia marah. Dia rahsia x pa pulak.. Oh!! Ini tidak adil... Hehe. Siapalah saya nak bangkang2. Saya cuma anak sahaja. Terlupa plak.. Ehehe. Akhir sekali saya hanya mampu SMS sahaja untuk wish b'day Mama saya. Hati saya rapuh rupanya. Saya x sangka.. Setahu saya.., sayalah yang paling keras hati dalam dunia ini.

Habis kelas, saya telefon Baba.

"Sudah dah ka buang jahit?"

"Sudah dah.."

"Cepatnya..."

"Doktor kata mai lepas 4 hari."

"Oooo.."

Masa saya sebut jahit tu.. Saya sedih tiba2. Macam mana perasaan Mama?? Saya kena kuat. Saya taw.. Baba pun mesti ada jugak perasaan x cukup kuat. Kalaw saya x kuat jugak.., macam mana?

Saya cakap Baba pun x cukup kuat kerana mungkin akan terdetik di hati lelakinya, isteri aku terpaksa tanggung sakit sebab aku.. Aku yang bersalah. Selamanya parut itu akan jelas kelihatan. Dan selagi Baba lihat parut itu, rasa bersalah, sedih x akan berlalu pergi. Betul x..? Kan?

Saya pinta kepada Baba untuk berbicara dengan Mama. Dah lama x cakap dengan Mama.

"Mama x bleyh cakap.. Gusi dia sakit."

Pedihnya hati ini...

Terima kasih kerana Engkau masih memberikan peluang untukku bersama kedua ibu bapaku lagi. Jika kematian itu berlaku.., biarlah aku pergi bersama ibu dan bapaku. Atau biarlah aku yang pergi sebelum Kau ambil ibu dan bapaku dari sisiku.. Itu pintaku..

Bukan saya x mahu menceritakan kepada siapa2.., Tapi saya rasa cukup untuk dicoretkan di sini. Bibir terasa berat untuk mengeluarkan cerita. Selagi saya boleh tanggung, saya tangung. Saya x harap rasa belas di hati kalian kerana saya Iron Lady. Saya cuma pinta kalian doakan Mama dan Baba saya tidak trauma selepas kejadian malam itu.. Aamin. (^_^) Lain kali saya blogging lagi. Tunggu taw.



Salam ikhlas dari saya,

Munirah Azmi

Thursday, November 18, 2010

Tragedi Berdarah..

Assalamualaikum... (menjadi formal)

Mungkin bagi penganut agama lain.., ia adalah hari Rabu. Sama seperti hari-hari sebelum ini. Bukan berniat as-sobiyyah.. Sebaliknya, semalam merupakan hari bermakna bagi seluruh umat yang beragama Islam kerana Aidiladha telah diraikan dengan penuh kesyukuran..

Apakah tujuan Aidiladha disambut?

Untuk mengingati Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah Taala untuk menyembelih putera kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Demi kepatuhan kepada Allah, Nabi Ismail A.S redha baginda disembelih oleh ayahandanya..

**____________**_____________**

(kembali tidak formal)

Raya cara kampung..

Disebabkan semalam raya haji.., aku mesti la balik kampung. Satgi Tok Misah teyak plak aku x balik. Ehehehe. Raya taun ni ada 3 ekoq lembu ja untuk dikorbankan. Kemeriahan raya dah x macam aku kecik2 dulu. Kalaw dulu.., mesti 5 ekoq atau lebih.. Memang rancak laa. Tahap muka pun dah rasa macam lembu (sebab dok pulun makan daging). Hehe.

Dulu, menu masak mesti banyak. Sup, masak kicap, masak kuning, ngan goreng pedas. Masakan seperti yang dinyatakan x kan jadi perfect lau ayaq asam Lang x dak. Heheh. Tapi semalam tinggai sup ngan masak kuning ja.. X kisah laa. Janji aku bleyh pulun sup ayaq tangan Ngah Leh.. Wiwiwiwiwi. Cedappp... Lagi kawww kalaw perah limau nipis. Alamat hirup x ingat donia.. Hehe.

Seronok beraya kat kampung niyh.., sebab ada gotong-royong.. We help each other.. Macam Ikmal lam cita Syurga Cinta kata.., ada kelasssssssssssssssss... Kali niyh aku upload 3 pics only, 1 untuk SEBELUM, 1 untuk SEMASA, 1 untuk SELEPAS..


Time niyh depa tengah pulun nak tumbangkan lembu hat 1st.. Tarik ekoq lembu g. Hehe. Tapi pic tarik ekoq tu aku x upload la.. Ehehe.


Yeah... Itu dia proses sembelih. Saat nyawa bercerai drpd tubuh tanpa ubat bius. Sakit2. Aku rasa lain macam bila lembu2 tu keluarkan bunyi masa lepaih urat depa putuih. Attention!! Yang sembelih tu my Pak Njang, Ahmad. (promote Njang)


Lapah.. Aku rasa pic ni agak sensor la.. Hehe. Tapi aku bermaksud untuk berkongsi pengalaman bersama hampa semua. (^_^) Apa rasa kalaw kulit kita kna siat..?? Renung2kan..

Disebabkan baki daging masih banyak.., kami telah bersepakat nak wat bihun sup hari niyh.. Uishh.. Sedap3. Ketua chef hari ni Kak Cik Jidah.

Tiba2 tok bilal surau ketuk beduk tanda azan menjengah.. Eh, tapi azan dak lagi.. Bengong!! Tu tandanya perut mintak diisi laa.. Bihun sup pun dah siap. So...... Tata.

Hasta La Vista, baby..

Love,
Munirah Azmi